Malaysia menerima maklum balas yang amat positif daripada Menteri-menteri Luar ASEAN terhadap lapan keutamaan yang dikemukakannya untuk ASEAN.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata ini kerana, keutamaan itu relevan dengan keperluan ASEAN termasuk matlamat untuk memperkukuh pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di rantau ini.

"Ini adalah sesuatu yang kita ada, di mana bidang-bidang berkenaan perlu dipertingkatkan lagi. Semua lapan keutamaan yang kita kemukakan itu adalah sangat relevan dengan keperluan ASEAN dan ke arah mencapai Komuniti ASEAN," kata beliau.

Anifah memberitahu pemberita demikian selepas mempengerusikan Pemukiman Menteri-menteri Luar ASEAN di Magellan Sutera Harbour Resort di sini, hari ini.

Selain daripada memperkukuhkan pembangunan PKS, keutamaan lain yang dikemukakan Malaysia ialah untuk menubuhkan secara rasmi Komuniti ASEAN; membangunkan wawasan Komuniti ASEAN Pasca 2015 dan Dokumen Pengiringnya; mengemudi ASEAN supaya lebih dekat dengan rakyat; dan memperluas perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN menerusi pelaburan dan perdagangan rentas sempadan.

Malaysia juga mengemukakan keutamaan untuk memperkukuh Institusi ASEAN; menggalakkan keamanan dan keselamatan serantau menerusi kesederhanaan dan memperluas peranan ASEAN sebagai penggiat global.

Anifah berkata para pegawai kanan telah ditugaskan untuk mendalami pelaksanaan keutamaan berkenaan.

Menurutnya beliau berkongsi mengenai keutamaan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN dengan menteri-menteri luar lain pada mesyuarat itu, yang berlangsung lebih tiga jam pagi tadi.

Dalam konteks penubuhan rasmi Komuniti ASEAN, Anifah berkata usaha akan digerakkan kepada melengkapkan tindakan Rangka Tindakan Komuniti ASEAN iaitu Komuniti Politik-Keselamatan ASEAN, Komuniti Ekonomi ASEAN dan Komuniti Sosio-Budaya ASEAN.

Dalam mengemudi ASEAN supaya dekat dengan rakyat, Malaysia berhasrat mewujudkan lebih banyak peluang untuk melibatkan rakyat secara lebih meluas menerusi penganjuran beberapa acara sepanjang tahun ini termasuk Sidang Kemuncak Wanita Pertama, Sidang Kemuncak Pemimpin Muda ASEAN, Sidang Kemuncak Usahawan 1ASEAN dan Ekspresi Kebudayaan ASEAN.

Sementara itu, Malaysia juga akan menggerakkan usaha ke arah menggalakkan pelaburan dan perdagangan rentas sempadan.

"Walaupun adanya peningkatan pertumbuhan trajektori dalam bidang ini sejak beberapa tahun lepas, saya percaya masih ada ruang untuk penambahbaikan," kata beliau.

Dalam memperluaskan peranan ASEAN sebagai penggiat global, Anifah berkata perkumpulan itu perlu terus progresif dan memandang ke hadapan terutamanya dengan landskap strategik serantau dan global terus berkembang.

"Untuk itu, adalah wajar bagi ASEAN untuk melaksanakan dan mengekalkan peranan pusat dan proaktifnya sebagai kuasa penggerak utama dalam kerangka serantau yang terbuka, telus dan inklusif," kata beliau.

Malaysia menjadi pengerusi ASEAN pada 1 Jan selepas mengambil alih jawatan itu daripada Myamnar.
Pemukiman dua hari itu, yang berakhir hari ini, merupakan acara pemula kepada beberapa siri mesyuarat peringkat menteri dan mesyuarat berkaitan semasa di bawah penyandangan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN tahun ini.

Bertemakan "Rakyat Kita, Komuniti Kita, Visi Kita", wawasan Malaysia sepanjang menjadi pengerusi ialah mewujudkan ASEAN Berpaksikan Rakyat yang melibatkan semua sektor masyarakat dalam aktiviti kumpulan serantau itu.

ASEAN dianggotai Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Malaysia, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam.