Lapor gangguan seksual guru, mangsa pula yang dibakar hidup-hidup

Agensi
April 19, 2019 08:14 MYT
Nusrat dibakar sehingga maut selepas enggan tarik semula laporan menjadi mangsa serangan seksual guru di sekolahnya. - Gambar hiasan
Seorang remaja perempuan dibakar hidup-hidup dalam satu kejadian di Bangladesh selepas dia melaporkan dirinya menjadi mangsa gangguan seksual perbuatan gurunya, baru-baru ini.
Nusrat Jahan Rafi, 19, melecur hampir 80 peratus pada tubuhnya selepas dibakar di atas bumbung sekolahnya.
Kejadian berlaku apabila mangsa diumpan ke bumbung sekolah oleh sekumpulan pelajar perempuan yang mendakwa rakan mereka dipukul.
Setibanya di atas bumbung, Nusrat dikepung oleh sekumpulan empat hingga lima individu memakai purdah memaksanya menarik balik laporan berkenaan.
Enggan berbuat demikian, remaja itu cuba melarikan diri, namun salah seorang suspek menangkapnya sebelum menuang minyak tanah dan membakarnya.
Nusrat disahkan meninggal dunia lima hari kemudian di hospital.

Outrage has reached international levels regarding the death of Nusrat Jahan Rafi, who was burned to death shortly after she reported her head teacher for sexual harassment. Multiple suspects were recently arrested in the case. #JusticeforNusrat https://t.co/CJwXMN6JDz

— Twitter Moments (@TwitterMoments) April 18, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Kematian Nusrat sekali gus memberi isyarat kepada kerajaan Bangladesh agar mengambil serius kes melibatkan gangguan seksual bagi memastikan mangsa mendapatkan perlindungan dan keadilan.
Majlis pengebumian Nusrat dihadiri ribuan penduduk Bangladesh yang rata-ratanya mahu tumpuan dan keadilan diberikan kepada mana-mana mangsa keganasan seksual.
Polis kini menahan 15 suspek disyaki terlibat termasuk tujuh daripadanya dipercayai terlibat dalam pembunuhan gadis itu.
Turut ditahan ialah pengetua sekolah berkenaan, Maulana Siraj Ud Doula.
#Bangladesh #dibakar #gadis #Hospital #keganasan seksual #kerajaan #meninggal dunia #polis #seksual