DATA daripada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) menunjukkan lebih 100 juta orang di dunia kini hidup dalam pelarian, melarikan diri dari konflik dan bencana di negara mereka.
Lebih membimbangkan, seramai 340 juta orang dijangka memerlukan bantuan kemanusiaan pada 2023, meningkat empat kali ganda berbanding 10 tahun lepas.
IRC menyenaraikan 20 buah negara dalam pemerhatian pada tahun hadapan dengan Somalia, Ethiopia, Yaman, Afghanistan dan Ukraine antara yang diramal berdepan krisis besar pada tahun hadapan.
Selain itu, Haiti, Venezuela, Pakistan, Nigeria dan Sudan juga antara negara dalam pemerhatian yang diramal berlaku konflik bersenjata, krisis iklim dan kegawatan ekonomi yang mungkin mendorong berlakunya krisis lebih mendalam.
BACA: Ambil tindakan segera cegah krisis kemanusiaan di Afghanistan - IMF
Berdasarkan laporan Forum Ekonomi Dunia (WEF), semua 20 negara yang dalam pemerhatian itu hanya memiliki 13 peratus daripada populasi global.
Dari segi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pula, negara-negara tersebut hanya menyumbang hanya 1.6 peratus daripada KDNK global.
Negara-negara dalam Senarai Pemantauan IRC menyumbang hanya 1.9 peratus daripada pelepasan karbon dioksida global, namun mereka berdepan beberapa kesan terburuk bencana berkaitan iklim.
Kegawatan ekonomi yang timbul daripada pencerobohan Rusia ke atas Ukraine dan kesan jangka panjang pandemik COVID-19 telah mengganggu rantaian bekalan, perdagangan antarabangsa serta harga makanan dan bahan api.
Semuanya menyebabkan rantaian makanan di seluruh dunia terganggu khususnya di negara yang berada dalam senarai pemantauan itu.
Negara-negara itu juga, secara puratanya mengalami konflik bersenjata selama purata 12 tahun, konflik yang memusnahkan infrastruktur, mata pencarian dan perkhidmatan.
Dalam pada itu, Senarai Pemantauan 2023 yang dikeluarkan IRC mendedahkan keperluan untuk adanya perubahan drastik dalam cara menangani krisis kemanusiaan.
Antaranya adalah dengan memutuskan kitaran krisis kemanusiaan mengutamakan pemulihan terhadap penyampaian perkhidmatan asas seperti sistem pendidikan dan kesihatan.
Ia juga bermakna usaha perlu dilakukan untuk membiayai responden barisan hadapan dengan strategi mengutamakan rakyat terjejas dengan pelbagai inisiatif.
Selain itu, semua perlu mengambil inisiatif melindungi rakyat yang berdepan konflik dengan menghapuskan imuniti terhadap kekejaman yang berlaku.
Bahkan, menggantung penggunaan kuasa veto dalam insiden kekejaman secara besar-besaran juga boleh membantu dunia menangani krisis kemanusiaan yang berlaku.
Di samping itu, pemerkasaan wanita dalam usaha keamanan dan keselamatan perlu diberi perhatian dengan memastikan organisasi diterajui wanita dibiayai dengan betul dan mendapat tempat dalam rundingan damai.
Senarai Pemantauan 2023 itu dikeluarkan bertujuan sebagai panduan untuk pemimpin dunia memilih cara terbaik untuk mengurangkan krisis kemanusiaan yang berlaku.
Agensi
Sat Dec 31 2022
Data daripada Jawatankuasa Penyelamat Antarabangsa (IRC) menunjukkan lebih 100 juta orang di dunia kini hidup dalam pelarian, melarikan diri dari konflik dan bencana di negara mereka.
Freedom Flotilla to Gaza: "Ini panggilan dari Allah" - Dr Sharifah Mazlina
Beliau bersyukur kerana permohonan menyertai misi ini diluluskan biarpun hanya sempat mengisi borang penyertaan di saat akhir.
Bersatu beri bayangan ketengah calon Melayu
Bersatu beri bayangan calon yang akan diketengahkan Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu Mei ini ialah calon Melayu.
Proses bedah siasat 10 mangsa selesai
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu
[TERKINI] Laporan interim dalam tempoh dua minggu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Khaled Nordin menyatakan komitmen tersebut pada mesyuarat kabinet yang diadakan pada Rabu.
Tak boleh tolak permohonan pasport jika pemohon tidak fasih Bahasa Melayu - JIM
JIM tidak dibenarkan untuk menolak sebarang permohonan pasport hanya kerana pelanggan gagal menguasai bahasa kebangsaan.
Lima penjawat awam direman bantu siasatan kes terima suapan
Lima penjawat awam direman bagi membantu siasatan kes menerima suapan RM3,000 hingga RM15,000 daripada kontraktor berkait kerja pembersihan.
AFPPD pilih Malaysia jadi tuan rumah pejabat sekretariat
Forum Ahli Parlimen Negara Asia Mengenai Populasi dan Pembangunan (AFPPD) memilih Malaysia sebagai pilihan utama untuk menempatkan pejabat sekretariatnya.
Nahas helikopter Lumut: "Nampaknya dia yang 'pergi' dulu..." - Ibu Allahyarham Komander Firdaus
Komander Muhammad Firdaus anak yang bertanggungjawab serta contoh yang baik kepada adik-adik yang lain, malah sangat mengambil berat tentang keperluan keluarga.
EPL: Dua bintang remaja ditahan kerana disyaki merogol
Dua pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris telah ditangkap pada hujung minggu kerana disyaki merogol dan melakukan serangan.
Paul Yong fail rayuan kes rogol amah di Mahkamah Persekutuan
Paul Yong memfailkan rayuan di Mahkamah Persekutuan pada 5 Mac lalu, berhubung keputusan Mahkamah Rayuan yang mengekalkan sabitan bersalah merogol pembantu rumah warga Indonesia.
Israel terus sekat kemasukan bahan api, gas memasak ke Gaza
Israel terus menghalang kemasukan gas memasak dan bahan api ke Semenanjung Gaza, terutamanya Bandaraya Gaza dan bahagian utaranya.
Sesi luar biasa ICIM, platform Malaysia ulangi pendirian untuk gencatan senjata di Gaza
Sesi Luar Biasa ICIM akan menjadi platform terkini Malaysia bagi mengulangi pendiriannya terhadap keperluan segera untuk gencatan senjata.
Erdogan desak sokongan teguh untuk UNRWA
UNRWA, kata Erdogan, telah memainkan peranan penting dalam membantu jutaan pelarian di Jordan, Syria, Lubnan dan Palestin.
Joe Biden semakin kecewa dengan sikap Benjamin Netanyahu
Presiden AS sangat kecewa PM Israel abai nasihatnya untuk kurangkan krisis kemanusiaan di Gaza.
91 peratus penduduk Gaza kebuluran
Kira-kira 2.3 juta populasi di Gaza kini berdepan krisis kebuluran manakala 63 peratus terpaksa berlapar sepanjang hari.
Kesan krisis kemanusiaan di Palestin bukan hanya babitkan Asia Barat, malah hubungan global - Anwar
Krisis kemanusiaan di Palestin adalah pelanggaran undang-undang antarabangsa secara terang-terangan.
Mesir runding untuk selesaikan krisis kemanusiaan di Gaza
Semua agensi kerajaan kini bekerja keras untuk membantu penduduk yang tidak berdosa di Genting Gaza.
Perang Palestin-Israel: Sistem neonatal Gaza terjejas
Lebih 50,000 wanita mengandung terperangkap dan kira-kira 5,500 wanita akan melahirkan bayi dalam tempoh 30 hari akan datang.
Sesi tergempar PBB mengenai Gaza berlangsung pada Khamis
Pada Khamis, Kementerian Kesihatan di Gaza berkata angka kematian rakyat Palestin akibat serangan sejak 7 Okt meningkat kepada 7,028 orang.
Ketua PBB gesa tindakan cegah konflik Palestin-Israel merebak
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Rabu memberi amaran terhadap konflik Israel-Gaza pada ketika ini akan merebak, lapor Xinhua.