TOKYO: Satu tinjauan terkini oleh Agensi Polis Kebangsaan Jepun (NPA) menunjukkan bahawa 17,034 warga emas yang tinggal bersendirian telah meninggal dunia di rumah di seluruh negara itu dari Januari hingga Mac, menurut laporan Xinhua.
Tinjauan itu meliputi 60,466 mayat yang diurus oleh polis Jepun selama tiga bulan pertama 2024.
Daripada jumlah itu, 21,716 adalah orang yang tinggal bersendirian, termasuk kes bunuh diri. Hampir 80 peratus daripada kematian "kesepian" atau 17,034 orang, adalah mereka yang berumur 65 tahun ke atas, termasuk 2,080 orang berumur antara 65 dan 69; 3,204 antara 70 dan 74; 3,480 antara 75 dan 79; 3,348 antara 80 dan 84 dan 4,922 berumur 85 tahun ke atas.
Kematian kesepian didefinisikan sebagai kematian seseorang tanpa disaksikan oleh orang lain, dengan jangka waktu tertentu berlalu sebelum mayat itu ditemukan, menurut perbincangan interim pada 2023 oleh sebuah kumpulan kerja Pejabat Kabinet yang ditugaskan untuk meneliti isu berkenaan.
NPA dijangka akan terus mengumpul data sebagai sebahagian usaha kerajaan untuk menangani isu masyarakat yang semakin menua.
Jumlah keseluruhan kematian di rumah dalam kalangan warga emas yang tinggal bersendirian pada 2024 dianggarkan mencecah 68,000 orang, menurut tinjauan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Sun May 19 2024
Tinjauan itu meliputi 60,466 mayat yang diurus oleh polis Jepun selama tiga bulan pertama 2024. - Gambar hiasan
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Jepun harap situasi kemanusiaan di Syria bertambah baik
Kerajaan Jepun sedang mengikuti perkembangan di Syria dan berharap situasi kemanusiaan di negara itu akan bertambah baik selepas pemberontak menggulingkan kerajaan Syria.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun catat musim luruh terpanas dalam 126 tahun
Purata suhu di seluruh Jepun dari September hingga November tahun ini mencatatkan rekod tertinggi sejak pengumpulan data bermula pada 1898.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Mahkamah Tinggi kekal keputusan tolak desakan henti operasi reaktor nuklear Miyagi
Mahkamah Tinggi Sendai pada Rabu mengekalkan keputusan mahkamah rendah yang menolak permintaan penduduk setempat untuk menghentikan operasi sebuah reaktor nuklear di timur laut Jepun.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Korea Selatan, AS, Jepun lancar sekretariat tiga pihak di Seoul
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS), dan Jepun secara rasmi melancarkan sekretariat untuk kerjasama tiga pihak pada Rabu, selepas pengumumannya dibuat di sidang kemuncak pemimpin mereka minggu lepas,
Jun Hao naib juara Masters Kumamoto
PEMAIN perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao terpaksa akur tewas kepada pemain China, Li Shi Feng dalam perlawanan akhir Masters Kumamoto di Jepun pada Ahad.
ACT Wanita: Malaysia tewas tipis 1-2 kepada Jepun
Malaysia memperoleh gol tunggal menerusi jaringan padang Nur Iman Adawiyah Mohd Suhami pada minit ke-26.
Masters Jepun: Jun Hao tewaskan juara All England 2024 untuk melangkah ke pentas final
Jun Hao terpaksa memerah keringat selama 77 minit sebelum menundukkan pilihan keempat kejohanan dengan keputusan 10-21, 21-18, 22-20.