Indonesia mencatatkan 21 lagi kematian dalam tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah kematian akibat COVID-19 di negara itu meningkat kepada 1,372 orang.

Jurucakap kerajaan Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, berkata jumlah kes positif meningkat kepada 22,271 kes iaitu tambahan 526 kes baharu.

"Ketika ini seramai 11,389 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19," katanya dalam sidang media harian mengenai COVID-19 yang disiarkan menerusi YouTube rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Umat Islam di Indonesia hari ini meraikan sambutan Aidilfitri dalam suasana luar biasa bagi mengekang penularan pandemik COVID-19 dengan solat sunat Aidilfitri di masjid dilarang, tiada majlis rumah terbuka, balik kampung atau aktiviti saling berkunjung.

-- BERNAMA