GENEVA: Lebih 3.3 juta penduduk dunia kehilangan nyawa akibat COVID-19 tahun ini - lebih banyak berbanding kematian disebabkan HIV, malaria dan batuk kering pada 2020, kata ketua Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Isnin.
Ketua Pengarah WHO Tedros Ghebreyesus berkata COVID-19 terus meragut kira-kira 50,000 nyawa di seluruh dunia setiap minggu dan "2022 sepatutnya menjadi tahun untuk kita menamatkan pandemik".
Tedros berkata demikian pada sidang media hibrid pertama diadakan WHO dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, lapor Agensi Anadolu.
Beliau turut menyentuh mengenai varian terbaharu COVID-19, Omicron dan menurutnya "sudah ada bukti konsisten bahawa Omicron merebak lebih cepat berbanding varian delta".
Terdapat juga kematian yang tidak dilaporkan dan berjuta-juta korban disebabkan kekangan yang dihadapi perkhidmatan kesihatan, katanya.
Sebulan lepas, Afrika melaporkan jumlah kes terendah dalam tempoh 18 bulan.
"Minggu lalu, negara ini melaporkan jumlah kes keempat tertinggi dalam seminggu setakat ini. Afrika kini menghadapi gelombang jangkitan yang tinggi, didorong sebahagian besarnya oleh varian Omicron.
"Semua kita sedang dilanda pandemik. Kita semua mahu meluangkan masa bersama rakan dan keluarga. Kita semua mahu kembali normal," katanya.
Namun, Tedros berharap masyarakat perlu lebih berhati-hati terutamanya menjelang musim perayaan Krismas dan Tahun Baharu, sebaiknya elak daripada menganjurkan majlis atau perhimpunan besar-besaran.
"Negara dunia harus lebih berhati-hati dan menyekat orang ramai dalam tempoh perayaan ini. Menangguhkan penganjuran sedemikian dalam tempoh ini akan menyelamatkan lebih banyak nyawa," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 21 2021
Ketua Pengarah WHO Tedros Ghebreyesus berkata COVID-19 terus meragut kira-kira 50,000 nyawa di seluruh dunia setiap minggu dan "2022 sepatutnya menjadi tahun untuk kita menamatkan pandemik". - Foto AP
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.