STATISTIK Johns Hopkins University menunjukkan angka kematian global meningkat lebih 6,000 kes dalam tempoh 24 jam.

Jumlah kumulatif kematian global akibat COVID-19 kini cecah angka lebih 937,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 196,000 kes.

Ini diikuti Brazil dengan 133,000 kes.

Manakala India dan Mexico masing-masing merekodkan 82,000 dan 71,000 angka korban

United Kingdom (UK) pula mencatatkan 41,000 kes kematian.

Itali, Perancis, Peru dan Sepanyol pula berkongsi angka korban melebihi 30,000 kes.

Iran dan Colombia pula merekodkan angka lebih 23,000 kes korban.

Lain-lain negara masih merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.