BANGKOK: Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesyorkan langkah pencegahan lebih ketat dikuat kuasa di daerah berisiko tinggi, untuk menghentikan penularan COVID-19 memandangkan kes harian dan jumlah kematian yang terus meningkat.
Sepanjang 24 jam, Thailand mencatat 7,058 kes baharu COVID-19 serta 75 lagi kematian, tertinggi dalam sehari, menjadikan jumlah terkumpul kes jangkitan setakat ini sebanyak 308,230 dan korban seramai 2,462, sejak pandemik dikesan Januari lalu.
Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata Kementerian Kesihatan Awam mencadangkan langkah pencegahan dan keselamatan termasuk mengehadkan pergerakan orang ramai, waktu operasi perniagaan dan pengangkutan awam selain menutup perniagaan tidak penting.
Beliau berkata larangan yang dicadangkan itu akan dilaksanakan di Bangkok, pusat pandemik terbaru dan wilayah-wilayah berdekatan.
"Esok (Jumaat) Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA untuk pertimbang sekatan baharu," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
Ketika ini, Thailand telah menguatkuasakan beberapa sekatan termasuk larangan makan di restoran, pusat beli-belah ditutup awal selain perhimpunan lebih 20 orang di Bangkok dan lima wilayah - Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom tidak dibenarkan.
Selain itu, semua tapak pembinaan dan kem pekerja ditutup, pekerja turut diasingkan.
Namun, langkah-langkah itu dilihat gagal memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 apabila kes baharu terus meningkat.
Untuk membendung penularan virus di Bangkok, Dr Apisamai berkata langkah baharu akan dilaksanakan termasuk meningkatkan pengesanan kes aktif, mendirikan pusat ujian COVID-19 secara walk-in dan menubuhkan 20 pusat pengasingan komuniti pesakit yang menunggu untuk dimasukkan ke wad di samping bekerjasama dengan hospital swasta bagi meningkatkan lagi keberkesanan usaha kuarantin di rumah.
"Pihak berkuasa kesihatan akan terus meningkatkan pemberian vaksinasi dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dan pekerja binaan," katanya.
Mengulas mengenai kes baharu COVID-19, Dr Apisamai berkata 7,049 kes melibatkan penularan tempatan, merangkumi 1,732 melalui pengesanan kes aktif dan sembilan kes import.
Katanya, terdapat 121 kluster di Bangkok yang melaporkan 2,212 kes baharu dan 33 kematian.
Korban kali ini melibatkan 39 lelaki dan 36 wanita berusia antara 33 dan 94 tahun, termasuk 74 rakyat tempatan dan seorang warga China.
Sementara itu, Ketua Majlis Islam Pattani (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani), Wae Deramae Matmingchik menyeru umat Islam di lima wilayah di selatan Thailand - Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla, dan Satun untuk mengadakan solat hajat di rumah atau masjid selepas Maghrib malam ini.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jul 08 2021
Di Bangkok sahaja terdapat 121 kluster yang melaporkan 2,212 kes baharu dan 33 kematian. - Reuters
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
Rusia dijangka campur tangan pertahan pemerintahan Bashar Al-Assad
Rusia dijangka masuk campur seterusnya mempertahankan pemerintahan presiden, Bashar Al-Assad selepas kumpulan pembebas merampas bandar bandar utama lain daripada cengkamannya.
Banjir: Selaras bank tawar moratorium kepada peminjam terjejas - Ahmad Fadhli
Kementerian Kewangan dicadang menyelaraskan moratorium semua institusi perbankan yang menawarkan kemudahan itu kepada peminjam yang terjejas akibat banjir.
Gaji bakat dalam industri digital diunjur stabil pada 7.19 peratus tahun ini - PIKOM
Pertumbuhan gaji bakat dalam industri digital di Malaysia diunjur stabil, masing-masing pada 7.19 peratus tahun ini dan 7.12 peratus pada 2025, kata Persatuan Teknologi Kebangsaan Malaysia.
Jepun catat peningkatan kes pneumonia mycoplasma
Jepun mencatat peningkatan kes pneumonia mycoplasma, dengan purata 2.84 pesakit dilaporkan bagi setiap institusi perubatan di seluruh negara untuk minggu yang berakhir pada 17 Nov.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.
Jabatan Kesihatan Kelantan rekod tiga kematian akibat denggi
Sebanyak tiga kematian direkodkan akibat demam denggi di Kelantan setakat 9 Nov lepas, kata Pengarah Jabatan Kesihatan Kelantan Datuk Dr Zaini Hussin.
Pertumbuhan ASEAN diunjur kukuh pada 4.6 peratus - IMF
Pertumbuhan bagi negara anggota ASEAN diunjur pada 4.6 peratus pada 2024 dan pada 4.7 peratus pada 2025, sebahagian besarnya disokong oleh permintaan domestik dan eksport yang kukuh.
IATA gesa Thailand perkukuh sektor penerbangan
Potensi penerbangan Thailand adalah menggalakkan dengan jumlah penumpang dijangka mencatat kadar pertumbuhan tahunan kompaun sebanyak 3.88 peratus dari 2024 hingga 2043.
Wanita kreatif hasilkan seni bingkai pokok duit, kebaya dan ranting
Minat atau hobi terhadap bidang seni boleh membuahkan karya yang bukan sahaja unik serta menakjubkan tetapi juga boleh menjadi sumber kewangan.
Mahkamah arah Qantas bayar pampasan kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah
Syarikat penerbangan terbesar Australia, Qantas, diperintahkan membayar pampasan yang besar kepada 1,700 pekerja yang dipecat secara tidak sah semasa pandemik COVID-19.