SEORANG peladang berusia 85 tahun terkejut kerana dia bukan sahaja kerana masih diberi peluang untuk bergelar ayah, tetapi lebih menarik dia dikurniakan anak kembar lelaki.

Abdullah Sevinc, dari Turki, menyambut kelahiran anak ke 15 selepas isterinya, Hanifa Abdullah Mihrinaz, 46, bersalin beberapa hari lepas.

Abdullah dan Hanifa berkahwin sembilan tahun lepas, dan sebelum ini dikurniakan dua anak lelaki dan seorang perempuan.



Isteri pertama Abdullah meninggal dunia 15 tahun lepas. Bersama isteri pertama itu, Abdullah dikurniakan 10 cahaya mata.

"Ini semua kuasa Tuhan. Saya tak jangka akan dapat anak kembar.

"Memang saya sudah berusia tapi saya masih sihat. Malu juga, tapi tiada apa yang boleh saya lakukan kerana ini rezeki," kata Abdullah.

Abdullah juga memberitahu dia tidak mahukan anak lagi kerana 15 orang sudah terlalu ramai untuknya.