Seorang lelaki warga Britain dipenjarakan enam bulan selepas didapati bersalah memukul seorang remaja dan ibunya yang beragama Islam dengan sekeping bakon.

Alex Chivers, 36, mengaku bersalah melakukan serangan yang berbaur perkauman itu.



Pada kejadian 8 Jun lalu, Chivers mendekati mangsa di Utara London dan membuat kenyataan-kenyataan bersifat Islamofobia, sebelum bertindak memukul mereka dengan bakon.

Insiden itu disaksikan orang ramai dan turut dirakam.

Polis Britain mendedahkan bilangan kes jenayah kebencian meningkat baru-baru ini.