Dalam video berdurasi 3 minit itu, lelaki warga asing berkenaan dilihat cuba menimbulkan masalah kepada remaja warganegara Singapura itu dengan berkata “ Do you wanna fight?’’ (kamu nak gaduh ke?) sebelum menengking remaja berkenaan.
Difahamkan, lelaki mat salleh itu tidak puas hati dengan seorang remaja Singapura yang berpakaian T-shirt dengan perkataan yang tidak senonoh lalu meminta remaja itu keluar dari MRT tersebut.
Ketika situasi menjadi lebih buruk, perbuatan mat salleh itu kemudian dihentikan oleh seorang lelaki tempatan yang juga merupakan salah seorang penumpang MRT dengan mempersoalkan kenapa dia bertindak sedemikian.
“Why is he wearing that t-shirt? (kenapa dia memakai baju tersebut)” soal mat salleh itu kepada lelaki yang tampil untuk menenangkan situasi.
“What is your problem? (apa masalah anda?)” tanya lelaki berkenaan.
Malah, lelaki tempatan itu juga dilihat mengarahkan lelaki warga asing tersebut untuk keluar dari MRT tersebut. Setelah beberapa kali didesak, akhirnya lelaki itu keluar dari MRT tersebut.
Bukan itu sahaja, penumpang MRT yang lain juga kedengaran memarahi lelaki berkenaan ketika dia keluar dari MRT tersebut.
Video yang dimuat naik di laman Facebook oleh Thelocalsociety itu telah mendapat hampir 9,000 ribu ‘likes’ sehingga kini.
Seorang pengguna bernama Fadzil Mahmood berkata, “Mat salleh tunjuk besar kepala. Dia buli budak cina pakai t-shirt ada tulis "Im so F-ing Special", dia ajak budak cina tu fight dgn dia, mentang-mentang budak tu kecik. Kalau nak nasihat boleh cakap elok-elok.”
Gambar diperoleh dari Facebook
Seorang lagi pengguna Facebook dengan nama Wan Hidhir Alie pula berkata, “Baik sesiapa pun berhak untuk memakai pakaian apa selesa untuk diri mereka tetapi bukannya terletaknya ada sifat perkauman dan agama.”
Gambar diperoleh dari Facebook
Para pengamal media sosial juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan pujian mereka terhadap lelaki Melayu yang tampil hadapan untuk menolong mangsa tersebut.
Gambar diperoleh dari Facebook