SEORANG lelaki di Amerika Syarikat mengaku berasal dari masa depan. Menariknya ketika ujian mengesan bohong dilakukan dia lulus.

Hanya mahu dikenali sebagai Noah, dia mendakwa mengembara ke masa silam dari tahun 2030.

Dakwanya lagi usia sebenarnya adalah 50 tahun namun kelihatan seperti 25 tahun kerana mengambil sejenis dadah rahsia.

Bagi mengukuhkan dakwaannya Noah meramalkan beberapa perkara yang akan berlaku dalam masa terdekat.

Antaranya terciptanya kereta elektrik pada 2028 yang akan membawa manusia ke Marikh serentak dengan pengumuman rasmi mengenai kembara merentasi masa.

Namun yang paling jadi perhatian, Noah meramalkan Donald Trump akan berjaya mempertahankan jawatannya dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada tahun 2020.

Ketika diminta kemukakan bukti bagi menyokong ramalannya dia enggan dengan alasan bimbang ia akan mencetuskan paradoks.

Dalam video yang dikeluarkan Paranormal Elite sebelum ini mendakwa pengembaraan masa telah memberi tekanan dalam dirinya.

Dakwanya lagi manusia sebenarnya telah melakukan kembara masa sejak 15 tahun dahulu namun ianya dirahsiakan.