PERTH: Sebatang pokok lemon milik sepasang pekebun menghasilkan buah lemon gergasi yang mempunyai berat 2.6 kilogram sehingga menjadi tular di Australia baru-baru ini.

Pekebun yang menanam buah lemon itu tinggal di Fremantle, Australia Barat kemudian memberikan buah lemon tersebut kepada seorang chef masakan tempatan, Melissa Palinkas.

Palinkas yang merupakan chef eksekutif dan pemilik sebuah restoran menggunakan buah itu dalam hidangan makanan salad dan membuat minuman limoncello.

Dia kemudian mendapati lemon gergasi tersebut kemungkinan daripada jenis buah lemon ponderosa.

Pokok yang mengeluarkan buah lemon pada bulan Jun lalu itu ditanam di kawasan belakang rumah pekebun itu.

Menurut Palinkas, dia membuat salad lemon ponderosa bersama buah zukini dan zaitun hijau serta lemon bakar.

Ketika mengemas kini akaun Instagramnya, wanita itu menjelaskan bahawa dia melakukan pencarian menerusi Google tentang lemon gergasi.

Menurut akaun Instagramnya, enjin carian Google itu menerangkan ia kemungkinan buah lemon ponderosa dan dia kemudian menemui fakta bahawa buah lemon gergasi itu pada asalnya ditanam di Amalfi iaitu sebuah bandar di Itali.

Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.