Letupan bom kereta di Kabul ragut sekurang-kurangnya 35 nyawa

Agensi
Julai 24, 2017 07:49 MYT
Satu letupan bom kereta menggegarkan Kabul, Afghanistan hari ini, meragut kira-kira 35 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain. - REUTERS/Reuters TV
Satu letupan bom kereta menggegarkan Kabul, ibu negara Afghanistan hari ini, meragut sekurang-kurangnya 35 nyawa dan mencederakan puluhan yang lain.
Menurut media antarabangsa, polis mengepung kawasan serangan yang terletak berhampiran rumah Timbalan Ketua Eksekutif kerajaan, Mohammad Mohaqiq, kawasan penempatan majoriti komuniti Syiah Hazara.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Najib Danish berkata sasaran serangan masih tidak jelas.
Sebuah bas kecil yang dimiliki oleh Kementerian Mines turut dimusnahkan, kata sumber keselamatan kerajaan.
Serangan itu memburukkan lagi keganasan di Afghanistan di mana sekurang-kurangnya 1,662 penduduk awam terbunuh dalam tempoh separuh pertama tahun ini.
#Afghanistan #bom #Kabul #letupan #serangan