SIMFEROPOL: Satu letupan kuat menggemparkan tengah bandar Melitopol, Ukraine wilayah Zaporizhzhia yang dikuasai Rusia pada pagi Isnin, kata Vladimir Rogov, anggota majlis pentadbiran tentera-sivil wilayah itu.
"Hari ini kira-kira 7.40 pagi (04:40 GMT) waktu tempatan, satu letupan kuat kedengaran di tengah-tengah bandar.
"Penduduk di Bohdan Khmelnytsky, Sergei Kirov dan Petro Doroshenko mendakwa tingkap dan dinding rumah mereka bergegar. Pusat bandar diselubungi asap hitam," kata Rogov di Telegram.
Rogov mendakwa letupan itu merupakan "serangan pengganas," dan menyalahkan kumpulan sabotaj Ukraine yang didalangi pihak berkuasa di Kyiv, lapor Sputnik.
Menurut maklumat awal, tiga orang cedera akibat serangan itu, dengan dua mangsa dikejarkan ke hospital.
Pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan berkata, siasatan awal mendapati punca letupan datang dari sebuah kereta yang diletakkan di tengah bandar.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022
Pegawai penguatkuasa undang-undang tempatan berkata, siasatan awal mendapati punca letupan datang dari sebuah kereta yang diletakkan di tengah bandar. - Gambar hiasan
13 maut lori tangki minyak bertembung bas mini
Sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dan enam yang lain cedera pada Isnin selepas sebuah bas mini bertembung dengan sebuah lori tangki minyak di Tanzania.
Nahas helikopter Lumut: 'Tiga kali raptai sebelum terhempas' - Khaled
Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kejadian terbabit menyebabkan 10 anggota TLDM yang berpangkalan di Lumut, Perak dan Kota Kinabalu, Sabah maut.
Apple dilapor hentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana isu kualiti
FineWoven menggantikan aksesori kulit yang dilihat sebagai tidak lestari dan oleh itu tidak selari dengan sasaran syarikat yang ingin mengurangkan impak ke atas alam sekitar.
Nahas helikopter Lumut: Laporan interim akan disediakan secepat mungkin - Khaled
Pihaknya bagaimanapun tidak menetapkan sebarang tempoh masa bagi penyediaan laporan itu.
Nahas helikopter Lumut: Agong zahir ucapan takziah, titah ATM jalankan siasatan terperinci
Sultan Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga 10 mangsa nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi tadi.
[LAPOR LANGSUNG] Nahas helikopter Lumut: 10 korban, dua helikopter bertembung
Seramai 10 orang maut dalam nahas dua buah helikopter milikTLDM terhempas di Pangkalan TLDM, Lumut, pagi ini.
Institusi pendidikan pondok perlu tambah nilai kemahiran vokasional, teknikal - Mohd Na'im
Institusi Pendidikan Pondok harus ditambah nilai melalui aspek kemahiran kendiri dalam bidang vokasional dan teknikal kepada para pelajar.
[TERKINI] Perkembangan helikopter terhempas di Lumut
Untuk memahami dari segi teknikal kita bersama;
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Prof Madya Mejar Dr Mohd Harridon Suffian, Ketua Unit Penerbangan Mencari dan Menyelamat, Institut Teknologi Penerbangan UniKL
Nahas helikopter Lumut: Sultan Selangor zahir dukacita, sifatkan insiden menyayat hati
Sultan Sharafuddin menambah baginda amat menghargai jasa, bakti dan pengorbanan anggota TLDM yang gugur semasa bertugas.
Kerajaan Terengganu pantau, elak ajaran sesat kembali menular
Selain ajaran Kerajaan Langit Ayah Pin, turut dipantau Pegawai Penguatkuasa Syariah (PPS) Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) ialah ajaran Mohib Khouli dan Kanzun Makhfiyyan.
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Euro 2024: Ukraine sah layak selepas hambat Iceland
Pemain Chelsea, Mykhailo Mudryk adalah wira perlawanan untuk Ukraine.
'Jangan pilih kasih perang di Gaza dan Ukraine' - PBB
Guterres menggesa gencatan senjata di Gaza selain perang di Ukraine mengikut undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
Ramai rakyat Rusia masih setia kepada Putin
Di sebalik perang di Ukraine, Presiden Russia, Vladimir Putin dijangka kekal mentadbir buat penggal kelima di republik itu.
Ukraine sasar hubungan dagang lebih kukuh dengan Malaysia
Terdapat potensi besar kerjasama kedua-dua pihak terutama dalam industri pertanian dan agromakanan, AI dan teknologi sistem keselamatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Ukraine sambut Krismas pada 25 Disember buat pertama kali
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Thailand hantar bantuan bernilai 2 juta baht untuk Ukraine yang dilanda perang
Palang Merah Thailand memperuntukkan siri keempat bantuan kemanusiaan kepada Palang Merah Ukraine bagi memperoleh barangan perlu untuk penduduk.
Ukraine akan hasilkan satu juta dron tahun depan
Angkatan pertahanan Ukraine memerlukan sekitar 100,000 hingga 120,000 dron setiap bulan dalam usaha menangkis serangan Rusia.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.