LA PALMA: Sebuah gunung berapi di La Palma, pulau paling utara di Kepulauan Canary di Sepanyol, meletus menyaksikan lava dan kepulan asap memenuhi ruang udara Taman Negara Cumbre Vieja.
Pihak berkuasa telah memulakan proses pemindahan penduduk dari kampung sekitar Cabeza de Vaca sebelum letusan pada kira-kira jam 2.15 petang Ahad waktu tempatan.
Dua jam kemudian, dengan aliran lava menuruni lereng bukit, pihak berkuasa perbandaran mengeluarkan arahan pemindahan kepada empat perkampungan lain, termasuk El Paso dan Los Llanos de Aridane.
Askar dikerahkan untuk membantu dan penduduk diminta untuk meminimumkan penggunaan telefon bimbit.
Pengawal Awam Sepanyol memaklumkan akan turut membantu dalam pemindahan yang membabitkan sehingga 10,000 penduduk dari kampung-kampung berhampiran gunung berapi itu.
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menangguhkan perjalanannya ke Perhimpunan Agung PBB di New York dan sedang menuju ke La Palma.
Presiden Kepulauan Canary, Angel Victor Torres memaklumkan tiada kecederaan dilaporkan setakat ini, namun beberapa jalan dilaporkan runtuh.
La Palma berada dalam keadaan berjaga-jaga susulan lebih 22,000 gegaran dilaporkan dalam tempoh seminggu di Cumbre Vieja, rantaian gunung berapi yang kali terakhir mengalami letusan besar pada tahun 1971 dan merupakan salah satu kawasan gunung berapi yang paling aktif di kepulauan itu.
Reuters
Sun Sep 19 2021
Lava dan kepulan asap memenuhi ruang udara Taman Negara Cumbre Vieja. -Reuters
AWANI Ringkas: Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf Palestin
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perang Iran-Israel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kes tangkapan lelaki Israel: 10 ditahan semula di bawah Sosma
Tiga terdiri suspek utama iaitu Avitan dan pasangan suami isteri telah dituduh di mahkamah pada minggu lalu, manakala lima lagi dibebaskan.
Wanita cedera diragut ketika tunggang motosikal ke tempat kerja
Mangsa dilapor alami kerugian kira-kira RM3,000 selepas kehilangan beg yang berisi telefon bimbit jenis iPhone 14, dokumen peribadi dan wang tunai RM114.
"OIC dah tak bermakna, tak berguna dalam meredakan ketegangan"
Pandangan dikongsi Prof Dr Salawati Mat Basir, Pakar undang-undang antarabangsa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Prof. Dr. Mohd Roslan Mohd Nor, Ketua Jabatan Sejarah dan Tamdun Islam, Universiti Malaya, UM.
Program Madani Rakyat Zon Utara di Tapak Pesta Sungai Nibong 3-5 Mei
Program MADANI Rakyat 2024 Zon Utara akan diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang selama tiga hari bermula 3 Mei ini.
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
[TERKINI] Israel Serang Iran, Isfahan dibedil 3 letupan
Perkembangan konflik Iran-Israel
Bagi perinciannya kita bersama Ahli Kumpulan bagi Pertubuhan Perundingan Undang-undang Asia Afrika (AALCO), Profesor Datuk Dr Rahmat Mohamad.
Letusan Gunung Ruang: Gelombang tsunami boleh capai 25 meter
Heruningtyas berkata, potensi tsunami ini mengancam di kawasan sebelah barat Pulau Tagulandang.
Aktiviti gunung berapi cetus pemindahan ratusan orang di Sulawesi Utara Indonesia
Pihak berkuasa tempatan telah mengisytiharkan Darurat selama 14 hari, berkuat kuasa dari 16 hingga 29 April.
Gunung Semeru meletus muntahkan abu sejauh satu kilometer
Gunung Semeru di daerah Malang dan Lumajang di wilayah Jawa Timur meletus pada 7.30 pagi Selasa (waktu tempatan).
Letusan gunung berapi Iceland berakhir beberapa hari lagi
Letusan gunung berapi di barat daya Iceland berkemungkinan akan berakhir beberapa hari lagi, menurut Pihak Berkuasa Meteorologi Iceland (Met) pada Jumaat.
Gunung berapi meletus di Iceland
Sebuah gunung berapi di barat daya di Iceland meletus pada Ahad, menjadikan letusan kelima di semenanjung Reykjanes sejak tahun 2021.
Pasca letusan Gunung Berapi Semeru cetuskan banjir lahar sejuk
Gegaran banjir lahar sejuk itu berlaku pada 25 Disember dari 12 malam hingga 6 petang waktu tempatan.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Rekahan gunung berapi di Iceland cecah 4km
Gunung berapi di barat daya Semenanjung Reykjanes, Iceland terus memuntahkan laharnya pada Selasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Letusan gunung berapi cetus langkah kecemasan di Iceland
Letusan itu bermula pada 10.17 malam waktu tempatan (2217 GMT) susulan gempa bumi kira-kira 9 malam (2100 GMT) pada Isnin.
Gunung berapi Ibu pula meletus di Indonesia, muntahkan asap setinggi 1,200 meter
Gunung berapi Ibu di Pulau Halmahera di wilayah timur Maluku Utara Indonesia meletus selama kira-kira 90 saat pada 11 pagi waktu tempatan Khamis, memuntahkan abu sehingga 1,200 meter dari puncaknya.