Pelajar Malaysia di Sumatera Utara dibekalkan topeng mulut dan bekalan ubat-ubatan oleh Education Malaysia (EM) di Indonesia ekoran letusan gunung berapi Gunung Sinabung yang dilaporkan semakin serius.
Pegawai EM Indonesia Kamarulazhar Abdul Salam berkata setakat ini kesemua 1,173 pelajar Malaysia dilaporkan selamat malah lebih separuh daripada mereka telah berangkat pulang ke Malaysia sempena cuti musim perayaan.
Katanya hanya kira-kira 30 peratus pelajar Malaysia dalam jurusan perubatan sedang menjalani latihan pratikal di beberapa hospital kerajaan di Sumatera Utara dan mereka dilaporkan dan sihat.
Beliau berkata menurut laporan terkini, debu gunung berapi itu kini telah merebak sehingga ke kota Medan dan kawasan sekitarnya.
"Kawasan Serdang iaitu petempatan pelajar Malaysia yang menuntut di Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED) mempunyai kualiti udara kurang sihat akibat debu gunung berapi," katanya ketika dihubungi di sini.
Bernama
Mon Jun 29 2015
Menurut laporan terkini, debu gunung berapi itu kini telah merebak sehingga ke kota Medan dan kawasan sekitarnya. - Gambar fail
Pantau Agenda Reformasi: Ketidakpadanan kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja
Ketidakpadanan antara kemahiran dan keperluan pasaran tenaga kerja cabaran kepada negara.
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
Prof Dr Balakrishnan Parasuraman, Dekan Pusat Pengajian Siswazah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
General Motors hentikan projek robotaxi selepas pelaburan AS$10 bilion
Projek itu menerima tamparan hebat pada akhir 2023 apabila berlaku kemalangan di San Francisco.
Mayat disumbat bagasi sempurna, hanya patah hidung - Polis
Hasil bedah siasat ke atas mayat seorang lelaki yang ditemui disumbat dalam bagasi mendapati tiada kecederaan lain selain patah di bahagian hidung.
Jabatan Peguam Negara kesal penyebaran maklumat, akaun palsu di Facebook
AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC'.
JKPK kemuka enam syor atasi isu kenaikan harga
Jawatankuasa Pilihan Khas (JKPK) Kesihatan mengemukakan enam syor kepada kerajaan bagi menangani isu kenaikan harga premium insurans dan takaful kesihatan.
PM bakal umum formula agihan gas PETROS, PETRONAS – Abang Johari
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan formula penyelesaian isu pengagihan gas melibatkan Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) dengan Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) bakal diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Boeing dilapor mulakan semula operasi pengeluaran 737 MAX
Boeing memulakan semula pengeluaran pesawatnya 737 MAX minggu lalu kira-kira sebulan selepas tamatnya mogok selama tujuh minggu yang melibatkan 33,000 pekerja.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bilion bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Zuraida diarah bayar hanya RM100,000 kepada PKR
Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Zuraida Kamaruddin telah diarahkan untuk membayar hanya RM100,000 daripada jumlah RM10 juta kepada PKR kerana melanggar syarat bon parti itu.
Kerajaan Kelantan gesa PLSB Sungai Golok dikaji semula
Kerajaan Kelantan menggesa pihak bertanggungjawab mengkaji semula perancangan pelaksanaan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Golok secara berfasa dengan penjadualan yang lebih teratur dan strategik.
Letusan Sinabung: Pelajar Malaysia dibekalkan topeng, ubat-ubatan
Setakat ini kesemua 1,173 pelajar Malaysia dilaporkan selamat malah lebih separuh daripada mereka telah berangkat pulang ke tanah air.