Pihak keselamatan Thailand menahan lima lelaki yang dipercayai terlibat dalam enam kes tembakan di wilayah selatan negara itu yang bergolak.
Dalam sidang media pada Jumaat, Ketua Tentera Task Force Pattani Mej Jen Jatuporn Kalampasut berkata kelima-lima lelaki terbabit mengaku terlibat dalam enam kes tembakan di Pattani pada 2010, 2011 dan 2012.
Turut hadir pada sidang media itu adalah tiga daripada lima lelaki terbabit yang memakai topeng serta dikawal ketat oleh anggota keselamatan Thailand.
Beliau berkata antara kes membabitkan kelima-lima lelaki itu adalah kejadian pada Mac 2010, melibatkan insiden tembakan dan pembakaran terhadap Apichart Saetual di Bandar Pattani serta kes tembakan di Pattani pada Julai dan kes tembakan terhadap seorang pegawai keselamatan berpangkat kolonel pada Oktober tahun sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 05 2018
Dua daripada tiga suspek kejadian tembakan di Pattani, selatan Thailand dibawa pada sidang media oleh Ketua Tentera Task Force Pattani Mej Jen Jatuporn Kalampasut, 5 Jan, 2018. --fotoBERNAMA
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Lima suspek kes tembakan di Pattani ditahan
Kelima-lima lelaki terbabit mengaku terlibat dalam enam kes tembakan di Pattani pada 2010, 2011 dan 2012.