ANKARA: Maghribi bakal mengenakan larangan masuk kepada pelancong dari China mulai 3 Januari berikutan peningkatan kes COVID-19, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Sabtu.
"Pihak Berkuasa Maghribi memutuskan untuk melarang akses ke wilayah Maghribi kepada semua pengembara yang datang dari China tanpa mengira kewarganegaraan mereka," lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan kementerian itu.
Keputusan itu dibuat untuk mengelakkan gelombang penularan baharu di negara ini.
Sementara itu, Kanada mengumumkan pada Sabtu, penumpang yang datang dari China, Hong Kong dan Macao perlu menyerahkan keputusan ujian saringan COVID-19 yang negatif sebelum menaiki penerbangan ke negara itu.
Kementerian Kesihatan Kanada menyatakan bahawa semua pengembara udara dari lokasi itu "perlu memberikan bukti keputusan ujian COVID-19 negatif kepada syarikat penerbangan sebelum menaiki pesawat dan ujian saringan itu mesti diambil tidak lebih daripada dua hari sebelum berlepas."
Keputusan itu tertakluk kepada pengembara berumur dua tahun dan ke atas berkuat kuasa 5 Jan.
Langkah itu akan dilaksanakan selama 30 hari dan pihak berkuasa akan menilai semula apabila lebih banyak data dan bukti tersedia.
Keputusan itu dibuat selepas lonjakan kes dan "data jujukan genom epidemiologi dan virus yang terhad pada kes ini," menurut Kementerian Kesihatan.
Sebelum ini Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Itali dan Sepanyol turut akan menguatkuasakan keperluan perjalanan baharu untuk mereka yang datang dari China termasuk keputusan ujian negatif COVID-19.
China baru-baru ini mengumumkan akan mula melonggarkan langkah pencegahan pandemik dan memilih "hidup bersama COVID" selepas tiga tahun sekatan, sempadan ditutup dan kuarantin wajib.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 01 2023
China baru-baru ini mengumumkan akan mula melonggarkan langkah pencegahan pandemik dan memilih "hidup bersama COVID" selepas tiga tahun sekatan, sempadan ditutup dan kuarantin wajib. - Gambar fail
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi memerintahkan bekas Mohd Isa dan bekas Mohd Emir membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
AWANI Ringkas: Kandungan mudarat di media sosial meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Xiaomi lancar kereta elektrik Xiaomi SU7, harga bermula RM141,500
Xiaomi semalam secara rasminya telah melancarkan kereta elektrik mereka yang pertama dinamakan Xiaomi SU7 untuk pasaran China.
X akan tawar ciri premium percuma jika ada lebih 2,500 pengikut disahkan
ELON Musk memaklumkan perubahan pada penawaran ciri-ciri X kepada semua akaun.
'Tulisan jawi tiada kaitan Jelajah Perikatan Nasional' - MUDA Kelantan
MUDA Kelantan menegaskan tulisan jawi tertera pada sepanduknya adalah logo rasmi baharu cawangan itu, dan tiada kaitan dengan program Jelajah Perikatan Nasional (PN).
Ops Lebih Muatan: JPJ keluar 126 notis saman, 13 kenderaan barangan dikenakan tindakan
Sebanyak 126 notis saman dikeluarkan JPJ Pulau Pinang terhadap pemandu kenderaan barangan menerusi Ops Khas Lebih Muatan di sekitar negeri ini.
AWANI Ringkas: Bas terbalik di Lebuh Raya Karak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki mengaku rogol, cabul anak kandung
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Kampung Seri Rahmat, Batu Gajah pada jam 10 hingga 12 malam, Februari lalu.
Piala Uber: Pearly ambil sudut positif jika tidak ke Chengdu
Pearly Tan tidak berasa kecil hati sekiranya beliau dan pasangan M. Thinaah, tidak disenaraikan ke skuad Piala Uber 2024 di Chengdu, China.
Bubur Lambuk Ayam Belanda hidangan istimewa di Kampung Parit Sikom
Istimewa Ramadan 2024, penduduk kampung Parit Sikom, Pontian, Johor menikmati hidangan istimewa, Bubur Lambuk Ayam Belanda, yang diedarkan sebanyak 500 pek .
Sabah destinasi percutian tawar harga berpatutan - Joniston
Mereka dapat meneroka destinasi baharu, mendalami budaya tempatan, serta memupuk perpaduan dan pemahaman lebih mendalam dalam kalangan rakyat.
Air terjun Titi Hayun kering-kontang
Ini menyebabkan kawasan peranginan Titi Hayun semakin hilang seri apabila tiada lagi kedengaran bunyi deruan air terjun seperti biasa.
AirAsia Cambodia mula operasi 2 Mei depan, sasar 85 peratus faktor muatan
AirAsia Cambodia mahu terus merangsang industri penerbangan dan pelancongan Kemboja selaras dengan strategi pengembangan ASEAN.
Argentina berhasrat tingkatkan pertukaran melangkaui perdagangan dengan Malaysia - Menteri Luar
Argentina berhasrat untuk meningkatkan lebih banyak pertukaran dengan Malaysia bukan hanya dari segi perdagangan dan pelaburan tetapi juga dalam aspek kebudayaan, pada masa akan datang.
Cuaca panas tidak jejas industri pelancongan Semporna
Aktiviti pelancongan masih berjalan seperti biasa, malah cuaca panas sekitar 28 hingga 31 darjah Celsius menjadi daya tarikan kepada pelancong.
Peranan media penting promosi budaya, pelancongan Malaysia
Katanya, peranan media sangat penting dalam mempromosikan segala aktiviti daripada agensi di bawah MOTAC selaras dengan TMM 2026.
Ekonomi APEC dianggarkan berkembang sebanyak 3.5 peratus bagi 2023
Perbelanjaan pengguna merupakan pemacu utama di sebalik pertumbuhan lebih tinggi pada 2023.
Kotoran minyak cemari pantai Teluk Nipah, Pangkor
Kesan kotoran itu dipercayai dibawa ombak dan boleh dilihat di sepanjang pantai tersebut.
Kemasukan pelancong, musim kemarau antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Syahredzan akan bertanya mengenai langkah kerajaan dalam memastikan penerbangan sewa menyumbang kepada peningkatan pelancong dan ekonomi.
Jelajah Taylor Swift: Satu penghormatan, namun ada 'harga' perlu dibayar Singapura
Bayaran pada mulanya dilaporkan setinggi S$24 juta untuk enam pertunjukan eksklusif untuk negara Asia Tenggara itu.