Mahkamah Austria batal undang-undang larang kanak-kanak Islam berhijab

Agensi
Disember 12, 2020 02:16 MYT
Mahkamah Austria membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab. -Gambar hiasan
VIENNA: Mahkamah Austria telah membatalkan undang-undang yang melarang kanak-kanak sekolah rendah memakai hijab.
Undang-undang itu dikatakan sengaja dibuat untuk orang Islam dan dianggap melanggar hak kebebasan beragama.
Ia diluluskan semasa pemerintahan kerajaan sebelum ini.
Mahkamah menegaskan undang-undang itu boleh menyebabkan diskriminasi terhadap orang Islam.
Ia juga menolak pendapat kerajaan bahawa larangan itu bertujuan melindungi kanak-kanak perempuan Islam daripada tekanan sosial.
Sebaliknya, mahkamah menegaskan kerajaan perlu menyusun undang-undang untuk mencegah penindasan berdasarkan jantina atau agama.
Undang-undang yang diperkenalkan pada tahun lalu itu melarang pelajar perempuan berusia kurang 10 tahun memakai tudung.
#Islam #Kanak-kanak #hijab #Mahkamah Austria #kanak-kanak sekolah rendah #langgar hak kebebasan beragama #diskriminasi terhadap orang Islam #tekanan sosial