MAJLIS Ulama Arab Saudi menggesa pemerintah Afghanistan pimpinan Taliban menggugurkan keputusan yang menghalang wanita belajar di universiti.

Memetik laporan Agensi Berita Saudi (SPA), Majlis Ulama Arab Saudi menyifatkan tindakan menafikan hak wanita terhadap pendidikan sebagai bercanggah dengan prinsip dan undang-undang Islam.

"Majlis itu menjelaskan bahawa Islam memelihara hak dan kewajipan setiap manusia, lelaki dan perempuan, dan mengulangi bahawa Islam, dengan ketetapan dan perundangannya, memelihara hak wanita di sisi undang-undang dan membenarkan mereka menikmati hak memelihara kemanusiaan, maruah, kepimpinan dan kemakmuran.

"Majlis itu juga menyatakan bahawa yang paling utama di antara hak yang dipelihara oleh Islam untuk wanita adalah hak untuk pendidikan, kerana Al-Quran menggesa dan menggalakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita," menurut SPA.

Terdahulu pada Rabu, media melaporkan Taliban melarang pelajar perempuan daripada meneruskan pendidikan universiti, berkuat kuasa serta-merta.

Kanak-kanak perempuan Afghan bergambar di sebuah bilik darjah di Kabul, Afghanistan, 22 Dis 2022. (Foto AP)

BACA: Wanita PKR kecam tindakan Taliban halang wanita lanjut pelajaran ke universiti

BACA: #LetHerLearn tanda solidariti dengan pelajar wanita Afghanistan

Berdasarkan surat dikongsikan jurucakap Kementerian Pengajian Tinggi, Ziaullah Hashmi, universiti swasta dan awam perlu melaksanakan larangan itu secepat mungkin serta memaklumkan kepada kementerian sebaik larangan itu dilaksanakan.

Ia mendapat kecaman banyak pihak termasuk Ketua Sayap Wanita PKR yang juga Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek, yang mendesak pemerintahan Taliban mempertimbangkan untuk menarik balik sekatan tersebut dan mengembalikan akses wanita Afghanistan melanjutkan pengajian ke universiti.

Siswazah wanita Afghan mengadakan protes membantah tindakan melarang wanita melanjutkan pelajaran ke universiti, di Quetta, Pakistan, 24 Dis 2022. (Foto AP