KUALA LUMPUR: Malaysia telah mencadangkan ASEAN dan Jepun meneroka kemungkinan meminjamkan pakar penyelidik mereka ke Pusat Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baharu ASEAN untuk usaha ke arah pengeluaran vaksin di rantau ini.
Ketika membuat cadangan itu pada Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-24, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata usaha berkenaan akan membantu menangani kekurangan vaksin di rantau ini selain sebagai persiapan menghadapi kemungkinan kemunculan penyakit baharu.
Beliau berkata sumbangan Jepun untuk pusat itu adalah penting dan penubuhannya bertepatan pada masanya bagi membantu negara anggota ASEAN yang sangat memerlukan bantuan untuk mengurangkan kesan COVID-19.
"Memandang ke hadapan, ASEAN dan Jepun perlu meningkatkan kerjasama dalam pelbagai disiplin kesihatan untuk persediaan rapi rantau ini menghadapi kecemasan berkaitan kesihatan pada masa depan ," katanya ketika berucap pada sidang kemuncak itu, Rabu.
Sidang Kemuncak kali ini turut menyaksikan Perdana Menteri Jepun yang baharu Fumio Kishida membuat penampilan sulungnya sejak dilantik awal bulan ini.
Ismail Sabri berkata Malaysia menghargai sokongan dan sumbangan Jepun terhadap Kerangka Kerja Pelan Pemulihan Komprehensif ASEAN untuk mengurangkan kesan COVID-19 dan sumbangan vaksin Jepun kepada negara anggota ASEAN telah memberi sumbangan yang besar kepada usaha ini.
Menyentuh mengenai keselamatan siber, Ismail Sabri berkata ASEAN dan Jepun perlu mengukuhkan lagi kerjasama melalui Pusat Pembinaan Kapasiti Keselamatan Siber ASEAN-Jepun.
Beliau berkata Malaysia mengharapkan sokongan Jepun dalam pembangunan profesional keselamatan digital dan program pembelajaran sepanjang hayat yang dibangunkan oleh Malaysia yang bertujuan untuk membangunkan pembinaan kapasiti dalam keselamatan siber.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada Jepun kerana berjaya menjadi tuan rumah Sukan Olimpik dan Paralimpik 2020 ketika dunia sedang bergelut dengan cabaran akibat COVID-19.
Beliau menambah Jepun kekal sebagai rakan setia ASEAN sejak 1973 dan blok 10 anggota itu menghargai sokongan serta bantuan Jepun selama ini yang telah menyumbang kepada usaha pembinaan komuniti ASEAN.
"Kami berharap untuk perkukuh lagi hubungan dialog ASEAN-Jepun. Malaysia menyambut baik cadangan Jepun untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak khas di Jepun pada 2023, untuk meraikan 50 tahun hubungan dialog," tambahnya.
Sidang Kemuncak ASEAN-Jepun ke-24 diadakan di luar Sidang Kemuncak ASEAN ke-38 dan ke-39 dan Sidang Kemuncak Berkaitan, dianjurkan secara maya selama tiga hari bermula Selasa, dipengerusikan Brunei.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Menyentuh mengenai keselamatan siber, Ismail Sabri berkata ASEAN dan Jepun perlu mengukuhkan lagi kerjasama melalui Pusat Pembinaan Kapasiti Keselamatan Siber ASEAN-Jepun. - Gambar fail/BERNAMA
Penjawat awam perlu amal kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas - PM Anwar
Penjawat awam digesa untuk sentiasa mengamalkan kecepatan dan kepesatan dalam pelaksanaan tugas supaya dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan pantas.
Kerajaan kekal komited laksana dwirangkaian 5G, DNB penuhi syarat terdahulu - Gobind
Kerajaan semakin hampir untuk melaksanakan dwirangkaian 5G selepas pengumuman Ahli Lembaga Pengarah baharu Digital Nasional Bhd (DNB).
Kos SUKMA Sarawak dianggar hampir RM300 juta
Kos penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak tahun ini dianggarkan hampir RM300 juta, antaranya meliputi kerja-kerja menaik taraf venue sukan serta perbelanjaan keperluan logistik.
Break The Siege: Misi flotila ke Gaza belayar esok
Syaff Shukri membawakan perkembangan terkini misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza yang dijadualkan esok.
#AWANI745
#AWANI745
Peruntukan Pembangkang: Terpulang untuk Muhyiddin kata apa - TPM Fadillah
Terpulang kepada pihak pembangkang untuk mempersoalkan keikhlasan Kerajaan berhubung draf perjanjian persefahaman (MoU) peruntukan pembangkang, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Ketua Whip Kerajaan Perpaduan itu berkata, beliau enggan melayani sindiran bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang isu tersebut.
#AWANI745
Pelantikan ahli lembaga baharu DNB kemajuan penting dalam penyusunan semula rangkaian 5G - Gobind
Gobind berkata perkembangan terkini itu merupakan satu langkah penting ke arah memenuhi komitmen kerajaan terhadap pelaksanaan dasar 5G dwi rangkaian.
SSPA terbaik pernah diperkenalkan kerajaan - PM Anwar
Kerajaan memberi jaminan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang bakal diumumkan dalam tempoh terdekat, sebagai antara yang terbaik pernah diperkenalkan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
Namun, katanya lagi, langkah itu bakal membabitkan implikasi kewangan yang tertinggi berbanding yang pernah dilakukan sebelum ini.
#AWANI745
KESUMA tawar lebih 3,000 pekerjaan industri hijau dengan gaji RM3,000 hingga RM16,000
Kementerian Sumber Manusia menawarkan lebih 3,000 peluang pekerjaan dalam industri hijau menerusi Karnival Kemahiran dan Kerjaya Hijau KESUMA 2024.
Kanak-kanak maut jatuh kondominium ketika ibu keluar ambil kakak di sekolah
Mangsa dipercayai telah membuka pintu koridor rumah yang tidak berkunci dan memanjat dinding koridor hingga terjatuh ke bawah.
ANCC2024: Astro, NACSA bekerjasama anjur 'coding challenge'
ANCC2024 membuka peluang kepada pelajar daripada institusi awam dan swasta untuk mengambil bahagian dalam mencipta penyelesaian inovatif bagi memerangi ancaman dalam talian.
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Malaysia muncul destinasi utama pengembangan perniagaan di ASEAN - Kajian UOB
Malaysia telah muncul sebagai negara paling penting dalam ASEAN untuk diceburi perniagaan, seperti yang ditunjukkan oleh Kajian Tinjauan Perniagaan UOB 2024 (PKS & Perusahaan Besar).
Malaysia perlu masa untuk teliti cadangan visa bersama enam negara ASEAN
Malaysia memerlukan lebih masa untuk meneliti cadangan Thailand mengenai program visa bersama dengan enam negara ASEAN lain.
Konflik Myanmar: ASEAN tegas kepentingan laksana Konsensus Lima Perkara
ASEAN tegaskan semula komitmen bantu Myanmar cari penyelesaian dengan mewujudkan persekitaran kondusif melalu pelaksanaan Konsensus Lima Perkara.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit merosot kepada 4.7785/7815 berbanding dolar AS daripada 4.7680/7730 semasa ditutup pada Jumaat.
Malaysia sedia jadi hab pusat untuk Pejabat Keluarga di ASEAN
ASEAN semakin mendapat fokus daripada firma pejabat keluarga berikutan kestabilan ekonomi dan pertumbuhan di rantau ini.
LRT Pulau Pinang: Mobiliti, pemangkin pelancongan dan tidak ancam perkhidmatan feri
Pelaksanaan projek LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang, dilihat sebagai pengangkutan alternatif penduduk negeri ini bagi mengatasi masalah trafik.
Jenama “Kuasa Tenaga Boleh Diperbaharui Asia” bakal lonjak Sarawak ke persada global - Abang Jo
Abang Johari Tun Openg berkata, Sarawak berpotensi menjadi hab inisiatif peralihan kepada penggunaan tenaga tanpa karbon ketika dunia bergerak ke arah -net-zero- menjelang 2050.
ASEAN: Saifuddin gesa Malaysia lebih proaktif tangani isu Myanmar
Usaha proaktif akan membolehkan Malaysia membentuk persekitaran yang aman dan inklusif dalam rantau ASEAN.
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.