SHAH ALAM: Malaysia akan mencapai status negara menua lebih awal daripada jangkaan sekiranya situasi pandemik COVID-19 berterusan untuk tempoh yang panjang susulan trend penurunan bilangan kelahiran yang dicatatkan negara.
Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Abdul Shukur Abdullah berkata berdasarkan unjuran Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia dijangka mencapai status negara menua pada 2030 apabila 15 peratus penduduknya berumur 60 tahun ke atas.
"Namun, situasi pandemik COVID-19 yang berlaku pada ketika ini memungkinkan status tersebut dicapai lebih awal.
"Penemuan tinjauan pendapat umum yang dilaksanakan LPPKN pada April 2020 mendapati 53 peratus responden menjangkakan situasi pandemik ini akan mengakibatkan peningkatan bilangan kelahiran penduduk.
"Namun, majoriti daripada mereka (61 peratus) mengambil keputusan untuk menangguhkan atau merancang semula kehamilan mereka," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan pada 2020, populasi berusia 60 tahun dan ke atas meningkat daripada 3.4 juta (2019) kepada 3.5 juta yang mewakili 10.7 peratus daripada jumlah penduduk.
Abdul Shukur berkata kadar penurunan kelahiran sebanyak 4.4 peratus yang dicatatkan pada suku kedua tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas pada asasnya telah dijangkakan akan berlaku.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan pasangan menangguhkan perancangan untuk menimang cahaya mata adalah disebabkan oleh kekurangan wang simpanan (58 peratus), bimbang diri dijangkiti COVID-19 (34 peratus) dan bimbang akses rawatan kehamilan akan terganggu disebabkan situasi pandemik (32 peratus).
Mengulas lanjut katanya, trend penurunan bilangan kelahiran ini sememangnya akan memberi impak kepada kadar pertumbuhan penduduk yang mempercepatkan proses penuaan penduduk negara, malah sekiranya trend ini berterusan negara juga akan mengalami kekurangan tenaga buruh pada masa akan datang.
"Dengan itu, negara perlu bergantung kepada tenaga kerja asing bagi mengatasi kekurangan tenaga buruh tempatan. Bagaimanapun, menjelang 2050 nanti, kebanyakan negara sumber tenaga kerja asing seperti India, Bangladesh, Filipina dan Myanmar akan turut mengalami proses penuaan penduduk dan kekurangan tenaga buruh tempatan," katanya.
Oleh demikian, Abdul Shukur berkata keadaan ini akan memaksa negara-negara sumber tersebut untuk mengekalkan pekerja tempatan mereka daripada berhijrah ke negara luar seperti Malaysia.
"Sebagai persediaan untuk menjadi negara menua, adalah penting bagi negara untuk meminimumkan ketidaksepadanan antara kemahiran yang dimiliki dengan pekerjaan yang dilakukan oleh penduduk di negara ini. Malah sejak berlakunya pandemik COVID-19, jurang ketidaksepadanan ini adalah semakin ketara," katanya.
Menurutnya, berdasarkan statistik terkini yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, didapati bilangan siswazah menganggur telah meningkat sebanyak 22.5 peratus, iaitu daripada sekitar 165,200 orang pada 2019 kepada kira-kira 202,400 orang pada 2020.
"Dalam tempoh yang sama, dilaporkan bahawa peratusan siswazah yang bekerja dalam kategori mahir telah berkurang sebanyak 0.8 peratus sementara mereka yang bekerja dalam kategori separuh mahir sebaliknya meningkat sebanyak 19.3 peratus, terutamanya bagi pekerjaan perkhidmatan dan jualan, dan operator loji dan mesin serta pemasangan," katanya.
Dalam pada itu katanya, hasil kajian LPPKN pada 2018 mengunjurkan negara berpotensi untuk mengalami penguncupan penduduk buat kali pertama pada 2072.
"Melalui kajian ini, diunjurkan bahawa penduduk negara akan kekal bertambah sehingga mencecah jumlah maksimum seramai 46.09 juta orang pada 2071 sebelum mula berkurang kepada 46.08 juta orang pada 2072," katanya.
Namun, Abdul Shukur berkata terdapat kemungkinan negara akan mengalami penguncupan penduduk lebih awal sekiranya bilangan kelahiran menurun secara berterusan pada masa akan datang kesan daripada penularan pandemik COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 17 2021
Terdapat kemungkinan negara akan mengalami penguncupan penduduk lebih awal sekiranya bilangan kelahiran menurun secara berterusan.
218 projek pembinaan semula sekolah daif di Sabah selesai - Fadhlina
Sebanyak 218 daripada 338 projek pembinaan semula sekolah daif telah diselesaikan di Sabah.
Perak bakal laksana projek tanam bawang di Perak Tengah, sasar kawasan 40 hektar
Kerajaan Perak akan membangunkan projek tanaman bawang merah varieti BAW-1 di daerah Perak Tengah tahun ini.
Ketua angkatan tentera Kenya maut dalam tragedi helikopter terhempas
Sembilan mangsa lain dalam helikopter itu juga terbunuh, sementara dua lagi yang terselamat berada dalam keadaan kritikal.
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
'Selfish!' - Fasha Sandha sedih raya di Perlis tak jadi gara-gara dijangkiti COVID-19
Fasha berkata dia mula melakukan pemeriksaan COVID-19 selepas berasa tidak sihat badan dan mengalami bersin tidak henti sejak Raya pertama.
Kes COVID-19 catat penurunan ketara pada ME 14/2024 - KKM
Jumlah kes COVID-19 menurun 97.1 peratus kepada 493 kes pada Minggu Epidemiologi ke-14 (ME 14/2024) iaitu bagi tempoh 31 Mac hingga 6 April lepas berbanding 17,256 kes pada ME 1/2024.
China jadikan pengalaman pencegahan COVID-19 untuk hadapi pandemik masa depan
China akan menjadikan pengalaman dalam pencegahan dan kawalan COVID-19 untuk membuat persediaan yang lebih proaktif untuk menghadapi pandemik masa depan seperti "Penyakit X".
Negara berdepan ketirisan subsidi diesel serius - Amir Hamzah
Negara kini sedang berdepan isu ketirisan subsidi diesel yang serius dan wujud kemungkinan terdapat pihak yang tidak layak masih menikmati subsidi itu, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah.
Kematian akibat kemalangan jalan raya lebih tinggi daripada COVID-19 - Anthony Loke
PDRM akan mengeluarkan data mengenai kemalangan jalan raya pada setiap hari, bukan setahun sekali seperti diamalkan sebelum ini.
Ismail Sabri ziarah lapan beradik yatim piatu akibat COVID-19
Ismail Sabri tiba kira-kira jam 2 petang di kediaman lapan beradik itu di Taman Adenium, Bukit Beruntung pada Selasa.
Teori konspirasi 'Penyakit X'
Ahli teori konspirasi AS sekali lagi membuat 'keuntungan' selepas PBB memberi amaran tentang wabak lebih berbahaya iaitu 'Penyakit X'.
Reformasi dasar, kukuhkan perlindungan, produktiviti pekerja tidak formal
Reformasi dasar perlu dilakukan dalam usaha meningkatkan perlindungan dan produktiviti pekerja tidak formal di Malaysia.
Lebuh raya perlu ada sistem pemberitahuan Smart Lane lebih berkesan - Ahmad Maslan
Semua lebuh raya perlu mewujudkan satu sistem pemberitahuan Smart Lane yang lebih berkesan, bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas khususnya ketika cuti perayaan.