MALAYSIA menggesa komuniti antarabangsa supaya mematuhi dan menjunjung prinsip Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan mengenakan tindakan yang sama rata kepada Israel serta pihak lain yang melakukan jenayah terhadap kemanusiaan.
Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata komuniti antarabangsa tidak seharusnya berdiam diri tanpa segan silu terhadap Israel tetapi pada masa sama mengecam rejim lain menerusi pendekatan bersifat diskriminasi.
"Malaysia mengulangi bahawa penduduk Palestin berhak untuk menentukan sendiri penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara," katanya.
Anifah berkata demikian ketika berucap pada Mesyuarat Penyelarasan Tahunan Menteri-Menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang diadakan di luar Sesi ke-72 Perhimpunan Agung PBB di New York, semalam.
Menteri luar berkata Malaysia menyanjung usaha yang dilaksanakan oleh negara anggota OIC, terutamanya pelbagai sumbangan yang disalurkan bagi menyokong perjuangan Palestin di bawah Tabung Perpaduan Islam (ISF).
"Sejak 1976 sehingga 2017, jumlah keseluruhan sumbangan bagi menyokong perjuangan Palestin dan rakyatnya telah mencecah lebih US$26 juta. Sesungguhnya ini menggambarkan komitmen dan ketegasan OIC dan negara anggotanya dalam menyokong perjuangan rakyat Palestin," katanya.
Dalam perkembangan lain, Anifah berkata Malaysia amat bimbang dengan keganasan sewenang-wenangnya ke atas etnik Rohingya di Negeri Rakhine sejak 25 Ogos 2017, yang mengakibatkan tragedi kehilangan beribu-ribu nyawa yang tidak berdosa.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk memuji usaha murni Bangladesh bagi menangani nasib etnik Rohingya. Dalam hubungan ini, saya menggesa semua negara anggota OIC supaya terus menyalurkan bantuan kepada Rohingya," katanya.
Beliau turut menggesa kerajaan Myanmar supaya menghentikan keganasan dan membenarkan laluan segera serta tanpa halangan bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.
Anifah selanjutnya berkata negara anggota OIC perlu sepakat dalam mengutuk tindakan kekerasan dan keganasan yang kejam serta tidak berperikemanusiaan dalam semua bentuk serta manifestasi.
"Kita mesti menafikan mereka perlindungan dan sumber dalam peperangan global terhadap Daesh," kata Anifah.
Negara anggota OIC juga perlu berusaha untuk menjadikan OIC sebuah pentas bagi menyatupadukan umat Islam dan mengekalkan semangat persaudaraan dan kesepakatan, kata Anifah.
"Sebagai sebuah negara pengasas Pertubuhan ini, Malaysia yakin pada matlatmat murni OIC, dalam menyumbang kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa.
"Dalam hubungan ini, kami akan terus melaksanakan peranan kami selaku pemudahcara bagi proses perdamaian di Selatan Thailand dan Selatan Filipina. Menjadi harapan kami agar pembabitan kami dalam menyelesaikan konflik ini akan menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 23 2017
ANIFAH: "Malaysia mengulangi bahawa penduduk Palestin berhak untuk menentukan sendiri penubuhan sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat dengan Al-Quds Al-Sharif sebagai ibu negara."
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Parti Cinta Sabah kini komponen baharu dalam GRS
Kesemua presiden parti dalam Gerakan Rakyat Sabah (GRS) secara sebulat suara menerima Parti Cinta Sabah (PCS) menjadi komponen dalam gabungan itu.
Perkasa pembangunan Wilayah Persekutuan Labuan - Anifah
Usaha membangunkan Wilayah Persekutuan Labuan perlu diperkasakan dan melalui proses transformasi supaya wilayah itu berada pada landasan tepat bagi menuju era digitalisasi.
Anifah Aman kecewa masalah air Labuan berlarutan, sukar tarik pelabur
Dewan Rakyat pada 13 Oktober lepas meluluskan RUU bagi meminda Akta SPAN 2006, bertujuan memperkemas tadbir urus dan memperkukuh SPAN.
Bekas Menteri Luar Anifah Aman dilantik Pengerusi Perbadanan Labuan
Bekas Menteri Luar Senator Tan Sri Anifah Aman telah dilantik sebagai Pengerusi Perbadanan Labuan (LC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 19 Jun 2023.
Kerjasama kunci utama pamerkan potensi Asia - Anifah Aman
Kerjasama yang ikhlas dan bermakna merupakan kunci untuk mengungkap potensi besar Asia dan akan membolehkan terwujudnya aturan dunia multipolar.
Pelantikan Anifah sebagai Senator akan tingkatkan ekonomi Labuan - LCC
Dewan Perdagangan Labuan (LCC) berharap Senator Datuk Seri Anifah Aman yang baru dilantik dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi pulau bebas cukai itu.
16 senator angkat sumpah Ahli Dewan Negara
Mereka ialah ADUN Kedah Abdul Nasir Idris, Setiausaha PAS Kedah Musoddak Ahmad, Dr A. Lingeshwaran, Amir Ghazali dan Presiden PCS Datuk Seri Anifah Aman.
Utamakan segera pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan - Anifah Aman
Parti Cinta Sabah menggesa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Sabah untuk mengutamakan pelaksanaan Artikel 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.
PRU15: "Saya tidak tahu perjanjian dengan Anifah" - Ismail Sabri
Perdana Menteri jawab dakwaan Anifah ditawar jawatan menteri oleh Presiden UMNO sekiranya BN tubuh kerajaan selepas PRU15.
PRU15: Anifah akan bantu kempen PH di Ranau - Anwar
Anifah akan membantu calon PH di Ranau yang diwakili oleh Apirin Jahalan @ Taufik Sham.