BEIJING: Presiden China Xi Jinping berkata China komited untuk bersama masyarakat antarabangsa memikul tanggungjawab untuk memanfaatkan tamadun digital untuk kesejahteraan manusia sejagat.
Beliau berkata selain itu China berikrar bekerjasama dengan pelbagai negara untuk merangsang kedinamikan ekonomi digital dan meningkatkan kecekapan selain mengoptimumkan persekitaran sosial digital.
"China juga mahu berkongsi dengan negara lain untuk membentuk pola kerjasama digital dan membina perintang keselamatan digital agar tamadun digital dapat memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat pelbagai negara, sekali gus mendorong pembinaan Komuniti Berkongsi Nasib Sesama Insan," katanya.
Xi berkata demikian dalam perutusan tahniah sempena Sidang Kemuncak Persidangan Internet Dunia (WIC) 2021 di Wuzhen, provinsi Zhejiang, China pada Sabtu.
Beliau berkata teknologi digital sedang diterima pakai dalam semua bidang dan proses yang melibatkan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan pembangunan tamadun ekologi dengan konsep, format dan model baharu.
"Keadaan ini memberi kesan meluas dan mendalam kepada pengeluaran serta kehidupan manusia.
"Dunia sedang mengalami perubahan yang belum pernah berlaku dan impak penularan pandemik COVID-19. Dengan ini, kerjasama masyarakat antarabangsa dikehendaki mengikuti arus perkembangan semasa yang semakin bergantung kepada maklumat, pendigitalan, akses internet dan kecerdasan buatan untuk merebut peluang dan mengharungi cabaran." kata Xi.
Sidang kemuncak kali ini bertemakan "Melangkah Ke Era Baharu Tamadun Digital -- Membina Bersama Komuniti Berkongsi Nasib Siber".
-- BERNAMA
Bernama
Sun Sep 26 2021
Xi Jinping berkata teknologi digital sedang diterima pakai dalam semua bidang dan proses yang melibatkan ekonomi, politik, kebudayaan, sosial dan pembangunan tamadun ekologi. - Gambar fail
Penunggang motosikal maut tercampak 30 meter dari jejantas
Mangsa mengalami pendarahan aktif pada muka dan telinga kiri, patah tangan serta kaki kiri.
Freedom Flotilla: Delegasi Malaysia dijadual hadiri latihan tanpa kekerasan Sabtu ini
Non violence training bertujuan mempersiapkan setiap peserta bagi mendepani sebarang kemungkinan sekiranya berlaku sebarang provokasi.
MATRADE rangka strategi perdagangan atasi cabaran geopolitik
Mohd Mustafa berkata, kesemua 49 pejabat MATRADE di luar negara telah diarahkan melakukan analisis mengenai pendedahan risiko geopolitik di kawasan masing-masing.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.
Pendigitalan penjagaan kesihatan, pembaharuan pembiayaan jadi keutamaan KKM - Dzulkefly
Pendigitalan penjagaan kesihatan, bersama-sama dengan pembaharuan pembiayaan kekal menjadi keutamaan Kementerian Kesihatan (KKM).
[LAPOR LANGSUNG] Peserta Gaza Freedom Flotilla dari Malaysia tiba di Istanbul
Kesemua mereka dijadual menetap di Istanbul selama dua hari bagi menyertai non-violence training dikendalikan FFC.
Orang ramai perlu berani lapor kes dera - Nancy
Perkara itu boleh dilaporkan secara terus melalui Talian Kasih 15999 yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).
Hamilton optimis kedudukan lebih baik di GP China
Lewis Hamilton melihat potensi kedudukan yang lebih baik dalam saingan Grand Prix yang kembali ke China buat pertama kali dalam tempoh lima tahun, hujung minggu ini.
Peserta industri Labuan IBFC rayu MOF benarkan aktiviti perdagangan
Peserta industri IBFC Labuan mengemukakan rayuan kepada Kementerian Kewangan bagi pertimbangan supaya membenarkan kegiatan perdagangan dalam lingkungan pusat itu.
NSC2024 fokus kesiapsiagaan negara hadapi IR 4.0
NSC 2024 memberi penekanan kepada elemen daya cipta dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi kerancakan Revolusi Industri 4.0 (IR 4.0).
Pemimpin China, Jerman bincang krisis Ukraine
Presiden China, Xi Jinping bertemu dengan Canselor Jerman, Olaf Scholz di Wisma Tetamu Diaoyutai Beijing.
Memanfaatkan potensi hubungan Malaysia-China untuk kemakmuran masa depan
Trajektori masa hadapan hubungan Kuala Lumpur-Beijing bergantung kepada libat urus berterusan dan usaha mempromosi pembangunan mampan dan kemakmuran.
'Tanah Besar China, Taiwan sedarah sedaging' - Presiden Xi
Tanah Besar China dan Taiwan sedarah sedaging dan hubungan antara kedua-dua pantai Selat Taiwan harus ditangani dengan menjaga kepentingan keseluruhan dan memacu pembangunan untuk jangka masa panjang.
China, Rusia setuju kekalkan pertukaran pastikan hubungan berkembang lancar
Presiden Rusia Vladimir Putin dan Presiden China Xi Jinping bersepakat untuk terus mengekalkan pertukaran erat bagi memastikan hubungan bilateral berkembang dengan lancar dan stabil.
China berharap jadi rakan, bukan pencabar Amerika Syarikat
Perkembangan hubungan China-Amerika Syarikat (AS) yang diterajui pemimpin kedua-dua negara stabil pada masa ini, kata Perdana Menteri China Li Qiang.
Setiausaha Perbendaharaan AS Yellen tiba di China
Pesawat yang membawa Yellen mendarat di pusat industri selatan China, Guangzhou pada tengah hari Khamis.
Prabowo mahu tingkatkan persahabatan, kerjasama Indonesia-China
Menteri Pertahanan Indonesia Prabowo Subianto zahirkan harapan untuk meningkatkan hubungan persahabatan dan kerjasama di antara Indonesia dan China.
Prabowo lakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Xi Jinping di Beijing
Prabowo Subianto melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping di Great Hall of the People di Beijing.
Presiden China dahului mesej ucapan tahniah terhadap pemilihan semula Presiden Putin
Xi berkata pemilihan semula Putin mencerminkan sepenuhnya sokongan daripada rakyat negara itu.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.