Filipina yang menjadi tuan rumah mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) Ke-23, dalam keadaan berjaga-jaga sepenuhnya bagi memastikan keselamatan delegasi pemimpin dunia yang tiba di ibu negara itu berikutan peningkatan ketegangan di seluruh dunia selepas serangan pengganas di Paris baru-baru ini.
Tentera Filipina menggerakkan semua pasukan udara, darat dan laut untuk mengawal mesyuarat dua hari bermula 18 November, lapor media tempatan.
Ia memetik jurucakap Tentera Udara Filipina (PAF), Kolonel Enrico Canaya sebagai berkata, semua aset udara akan berjaga-jaga sepenuhnya 24 jam dan ditempatkan di lokasi strategik untuk tindak balas yang pantas.
Tentera Filipina juga menempatkan kenderaan berperisai bagi mengawal lokasi yang akan dilawati delegasi APEC, lapor The Manila Times.
Delegasi juga dimaklumkan yang Manila juga akan menjadi kawasan larangan terbang mulai 16 hingga 20 November bagi memberi laluan kepada ketibaan dan perlepasan yang lancar serta selamat kepada pemimpin dunia terbabit.
Tindakan itu menyebabkan syarikat penerbangan komersil yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino, yang menampung kira-kira 800 penerbangan sehari, tiada pilihan selain menjadualkan semula atau membatalkan penerbangan mereka.
Menurut laporan, Philippine Airlines, Cebu Pacific dan AirAsia Philippines telah membatalkan sekurang-kurangnya 550 penerbangan domestik dan antarabangsa.
Malaysia Airlines juga telah menjadualkan semula sebahagian penerbangannya dari Kuala Lumpur ke Manila dalam tempoh berkenaan.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu, menyertai antara lain Presiden Barack Obama, Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull, Perdana Menteri New Zealand, John Key, Presiden Vietnam, Truong Tan Sang, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau dan Presiden China, Xi Jinping.
Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden Indonesia, Joko Widodo, kedua-duanya sebelum ini mengesahkan kehadiran mereka, telah memutuskan untuk tidak hadir berikutan isu domestik.
Walaupun Kemboja bukan anggota APEC, Presidennya, Juan Manuel Santos dijangka mewakili negaranya sebagai pemerhati.
APEC mengandungi 21 anggota, iaitu Australia, Brunei, Kanada, Chile, China, Hong Kong-China, Indonesia, Jepun, Korea, Malaysia, Mexico, New Zealand, Papua New Guinea, Peru, Filipina, Russia, Singapura, Taipei, Thailand, Amerika Syarikat dan Vietnam.
Sebanyak 12 daripada 21 itu menjadi anggota kumpuloan perdagangan Perkongsian Trans-Pasifik.
Pemimpin negara terlibat akan bertemu di luar mesyuarat APEC, yang pertama sejak penyelesaian dan penerbitan teks TPP.
Mereka dijangka mengikrarkan komitmen masing-masing kepada TPP yang dipimpin AS, yang mewakili 40 peratus daripada keluaran dalam negara kasar dunia dan jika digabung akan membentuk kawasan perdagangan bebas terbesar pernah diwujudkan.
Anggota APEC yang tidak berada dalam TPP ialah China, Hong Kong, Indonesia, Korea Selatan, Papua New Guinea, Filipina, Russia, Taiwan dan Thailand.
Sementara itu, mesyuarat APEC tahun ini, dengan tema 'Membina Ekonomi Yang Inklusif, Membina Dunia Yang Lebih Baik', bertujuan meningkatkan perdagangan dan pertumbuhan di Rim Pasifik serta memastikan manfaatnya dirasai secara meluas.
Bidang keutamaan yang menjadi fokus tahun ini termasuk meningkatkan integrasi ekonomi serantau, memupuk pembabitan perusahaan mikro, kecil dan sederhana dalam pasaran serantau dan global, melabur dalam pembangunan modal insan serta membuka komuniti mampan dan berdaya tahan.
Bernama
Mon Nov 16 2015
Manila juga akan menjadi kawasan larangan terbang mulai 16 hingga 20 November bagi memberi laluan kepada ketibaan dan perlepasan yang lancar serta selamat kepada pemimpin dunia terbabit. - Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Mufti India titip pesanan sabar laksana tugas memimpin negara - PM Anwar
Anwar hari ini menyifatkan titipan pesanan Mufti Besar India supaya dirinya bersabar ketika berdepan dugaan sebagai pemangkin untuk melaksanakan tugasnya memimpin negara.
China tuan rumah Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC 2026 - Xi
Kenyataan Xi itu menandakan kali ketiga China akan menjadi tuan rumah perhimpunan berprestij itu sejak penubuhan APEC pada 1989.
Isu kekejaman di Gaza yang turut disentuh dalam APEC, amat menggalakkan - PM Anwar
Anwar amat teruja dapat hadir sendiri, mengikuti satu daripada beberapa sisi APEC yang membincangkan usaha menangani malapetaka dunia itu.
Kerjasama ASEAN, APEC kekal agenda utama pastikan pembangunan mampan, integrasi ekonomi
Komitmen tersebut akan terus memperkukuh kedudukan negara dalam membentuk masa depan ekonomi Asia-Pasifik yang lebih inklusif, mampan dan berdaya saing.
Presiden Peru seru perpaduan, kerjasama di pembukaan sidang kemuncak APEC
Presiden Peru, Dina Boluarte merasmikan sidang kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat, menggesa kerjasama yang lebih kukuh di antara ekonomi utama dunia.
Malaysia harap AS dukung prinsip perdagangan bebas, adil
Anwar berkata, umumnya rata-rata ucapan pemimpin ekonomi anggota APEC ketika forum ekonomi serantau itu menyokong prinsip perdagangan bebas dan adil.
APEC perlu tetapkan penanda aras kerjasama atasi kejutan ekonomi, cabaran iklim - PM Anwar
Anwar berkata dunia sekarang saling bergantung pada tahap yang menuntut negara untuk memikirkan semula maksud bekerjasama dan wujud bersama.
Anwar gesa anggota APEC iktiraf potensi sekutu bukan tradisional
Anwar berkata "perkongsian dengan ASEAN, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan boleh takrifkan semula daya tahan global kita."
Dakwaan iktiraf Israel: Jangan tunggang agama, tabur fitnah, perbodoh rakyat - Anwar
Anwar menolak dakwaan bahawa beliau mengiktiraf Israel, menyifatkan tuduhan tersebut sebagai fitnah yang diangkat atas nama agama.
APEC 2024: Anwar bertemu pemimpin global di luar mesyuarat rasmi
Antaranya mesyuarat bilateral bersama rakan sejawatnya dari Jepun, Shigeru Ishiba yang baru dilantik ke jawatan itu pada 1 Oktober lalu.