AS mansuh mandat vaksinasi COVID-19 pekerja persekutuan dan pengembara asing bermula 11 Mei

Bernama
Mei 2, 2023 04:40 MYT
Menurut kenyataan White House, walaupun vaksinasi kekal penting untuk kesihatan dan keselamatan pekerja, AS kini berada dalam fasa yang langkah-langkah ini tidak lagi diperlukan. - Gambar fail
TORONTO: Amerika Syarikat mengumumkan pada Isnin bahawa peraturan keperluan vaksinasi COVID-19 untuk pekerja persekutuan dan pengembara asing yang menggunakan perkhidmatan udara bakal dimansuhkan pada 11 Mei.
"Walaupun vaksinasi kekal penting untuk kesihatan dan keselamatan pekerja... kami kini berada dalam fasa yang langkah-langkah ini tidak lagi diperlukan," menurut Rumah Putih dalam satu kenyataan, lapor Agensi Anadolu.
Jabatan Keselamatan Dalam Negeri turut mengumumkan bahawa langkah itu turut terpakai kepada pengembara asing yang memasuki negara ini melalui pelabuhan darat dan terminal feri.
-- BERNAMA
#Amerika Syarikat #COVID-19 #vaksinasi #pengembara asing