DUBAI: Sejak kebelakangan ini, cetakan 3D telah digunakan untuk membina pelbagai objek dan struktur termasuk rumah serta jambatan.
Kini, Emiriah Arab Bersatu (UAE) pula merancang untuk membina masjid cetakan 3D pertama di dunia.
Ketua jurutera Jabatan Hal Ehwal Islam dan Aktiviti Amal Dubai (IACAD), Alhalyan Alsuwaidi berkata, struktur setinggi dua tingkat yang meliputi 2,000 meter persegi itu boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah.
“Ia akan dibina menggunakan campuran konkrit. Projek tersebut dijadualkan bermula menjelang akhir tahun ini dan dijangka siap pada suku pertama 2025,” ujarnya.
Menurutnya, cetakan 3D dipilih kerana ia adalah teknologi baharu dan inovatif serta berpotensi menjimatkan masa dan sumber berbanding kaedah pembinaan tradisional.
Difahamkan, pembinaan struktur menggunakan pencetakan 3D memerlukan mesin pencetak besar yang diprogramkan dengan maklumat reka bentuk.
Sebahagian besar struktur cetakan 3D dihasilkan daripada konkrit, namun ia boleh mencetak menggunakan bahan lain seperti tanah liat.
Dubai juga berhasrat untuk menjadi ‘ibu kota cetakan 3D’ di dunia.
Pada 2018, ia melancarkan ‘Strategi Pencetakan 3D’ yang merancang 25 peratus pembinaan struktur baharu dihasilkan menggunakan teknologi tersebut menjelang 2030.
Kira-kira setahun selepas itu, ia mencipta rekod dunia apabila berjaya membina Majlis Perbandaran Dubai setinggi 9.5 meter di kawasan seluas 640 meter persegi menggunakan cetakan 3D.
Selain itu, bandar berkenaan turut membina pejabat cetakan 3D pertama di dunia dan makmal penyelidikan yang dibangunkan menggunakan teknologi sama.
Struktur cetakan 3D kini semakin berkembang di seluruh dunia seperti pusat penempatan pelarian di Jordan dan kemudahan untuk golongan gelandangan di Austin, Texas di Amerika Syarikat (AS).
Dekan Jabatan Alam Binaan di Eindhoven University of Technology di Belanda, Theo Salet turut menyokong langkah pemodenan industri pembinaan melalui teknologi seperti cetakan 3D.
“Reka bentuk dan pembinaan digital akan menjimatkan masa serta mengurangkan kos. Ia juga dapat menyelesaikan masalah kekurangan tenaga buruh dan pekerja mahir. Peralihan ini boleh menjadikan industri pembinaan lebih mampan,” jelasnya. - Sinar Harian memetik laporan agensi
Sinar Harian
Fri May 05 2023
Projek pembangunan masjid cetakan 3D pertama di dunia akan bermula menjelang akhir tahun ini. - Foto agensi
PRK KKB: MIPP jamin PN akan terima undi terbesar kaum India
Punithan berkata, pihak lawan dilihat mula menunjukkan kebimbangan dan rasa takut dengan kekuatan yang dimiliki PN ketika ini.
Akaun Fleksibel KWSP bantu penuhi keperluan kecemasan pencarum - Pakar
Ia merupakan antara alternatif KWSP untuk memenuhi keperluan dan dana kecemasan pencarum dalam mendepani cabaran menjalani kehidupan sebelum bersara.
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin berkekalan - Penganalisis
Trend kenaikan harga emas di Malaysia mungkin akan berterusan, didorong oleh gabungan pelbagai faktor ekonomi global dan gelagat pelabur.
Capital A akan jual 100 peratus kepentingan dalam AirAsia Aviation Group, AirAsia dengan harga RM6.8 bilion
Ia memeterai perjanjian jual beli saham bersyarat dengan AAG untuk menjual AAAGL bernilai RM3 bilion manakala AAB dengan harga RM3.8 bilion.
Jawatankuasa RTG pertimbang senaraikan Nurul Izzah dalam program Fast Track RTG
Hannah berkata segala keputusan mengenai program berkenaan akan dibincangkan dan diputuskan bersama jawatankuasa program.
KWSP: Mengimbangi mandat persaraan dan sokongan kelangsungan ekonomi ahli - Pakar
Mohd Afzanizam menegaskan bahawa KWSP bukan satu-satunya organisasi yang bertanggungjawab dari segi menambah baik kehidupan masyarakat.
CAP minta kerajaan pertimbang tubuh Suruhanjaya Amal Malaysia
Mohideen berkata suruhanjaya itu pernah dicadangkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pada 2020.
Pos Malaysia yakin catat keputusan kewangan lebih baik di masa hadapan
Ia antara lain menyasarkan pengoptimuman sumber dan mengurangkan risiko berkaitan trend penurunan jumlah mel untuk menyokong pertumbuhan.
SPR India tuntut maklum balas aduan terhadap Modi, Rahul Gandhi
Suruhanjaya Pilihan Raya India hari ini memaklumkan pihaknya sudah meminta maklum balas daripada parti pemerintah Bharatiya Janata Party (BJP) dan parti pembangkang, Kongres.
Penguin maharaja berdepan kepupusan akibat pencairan ais
Spesies penguin terbesar di dunia, penguin maharaja terus berdepan ancaman apabila habitatnya terjejas akibat perubahan iklim. Selain pernah disifatkan bakal pupus menjelang tahun 2050, saintis dari Pusat Penyelidikan British Antarctic Survey pada Khamis memberitahu perubahan iklim memberi kesan terhadap kecairan ais di wilayah beku Antartika yang menjadi habitat buat koloni penguin maharaja.
Masjid cetakan 3D pertama di dunia
Struktur setinggi dua tingkat yang meliputi 2,000 meter persegi itu boleh memuatkan kira-kira 600 jemaah.