Di sebalik kebanyakan orang ramai kini mula memandang remeh terhadap pemakaian pelitup muka, pihak berkuasa Melbourne, Australia pula hari ini memaklumkan akan mewajibkan pemakaian peralatan itu di khalayak ramai dalam usaha mengawal penularan COVID-19.

Ketua Menteri Victoria, Daniel Andrews berkata lebih lima juta orang di bandar kedua terbesar Australia itu dan kawasan kejiranan diwajibkan mengikut arahan tersebut bermula tengah malam Rabu.

Katanya, orang awam perlu pemakai pelitup muka sebaik sahaja keluar dari rumah masing-masing.

Tambah beliau, bandana dan selendang juga diterima sebagai penutup muka sehingga negara itu dapat meningkatkan pembekalan pelitup muka.

Mana-mana individu yang gagal mematuhi arahan baharu itu akan berdepan denda sekurang-kurangnya AUD$200 (RM597).

Setakat ini, bandar Victoria, Melbourne merekodkan hampir 3,000 kes aktif COVID-19 selepas 363 lagi kes dikesan pada Ahad meskipun perintah berkurung dilaksanakan.