Menara Eiffel ditutup kepada pengunjung selepas salji turun di Paris

Bernama
Februari 7, 2018 11:59 MYT
Menara Eiffel telah ditutup pada petang Selasa berikutan cuaca buruk selepas salji lebat menyelimuti bahagian utara Perancis dan menjejaskan lalu lintas, lapor agensi berita China Xinhua.
"Berikutan keadaan cuaca (yang buruk), Menara Eiffel ditutup kepada semua pengunjung kami," kata pihak berkuasa ikon dunia itu menerusi akaun Twitter.
Pengunjung berkumpul di bawah payung di jalan raya berhampiran monumen itu sambil mengagumi rupanya yang diseliputi salji.

Due to weather conditions, the Eiffel Tower is closed all the day.#eiffeltower pic.twitter.com/98NEPNLcmn

— La tour Eiffel (@LaTourEiffel) February 7, 2018
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ahli meteorologi meramalkan salji akan bertambah lebat pada Rabu dan ketebalannya boleh mencecah 10 sentimeter.
Suhu dijangka turun pada paras serendah negatif 10 darjah Celsius.
Dua puluh lapan jabatan pentadbiran, termasuk lapan di wilayah Paris, diletak di bawah amaran tahap jingga.
Perkhidmatan bas di ibu negara telah dibatalkan pada petang Selasa manakala pengangkutan sekolah digantung di banyak tempat pada Rabu.
-- BERNAMA
#cuaca #Menara Eiffel #Paris #salji #tutup