Merajuk tak dibelikan Lamborghini, kanak-kanak 5 tahun tekad pandu kereta masuk lebuh raya

Agensi
Mei 6, 2020 05:08 MYT
Polis pada mulanya menyangkakan kanak-kanak itu merupakan seorang pemandu kurang upaya (OKU). - Gambar Twitter@Utah Highway Patrol
Polis di Utah, Amerika Syarikat bertindak menahan seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang sedang memandu kenderaan milik ibunya secara berseorangan dipercayai dalam perjalanan untuk membeli kereta mewah berjenama Lamborghini.
Dalam kejadian di lebuh raya daerah Weber County itu, kanak-kanak berkenaan dikatakan sedang menuju ke California yang terletak kira-kira 1,280 kilometer dari kawasan tersebut.
Menerusi satu ciapan di Twitter rasmi, polis pada mulanya menyangkakan kanak-kanak itu merupakan seorang pemandu kurang upaya (OKU).

One of our Troopers in Weber Co. initiated a traffic stop on what he thought was an impaired driver. Turns out it was this young man, age 5, somehow made his way up onto the freeway in his parents' car. Made it from 17th and Lincoln in Ogden down to the 25th St off-ramp SB I-15. pic.twitter.com/3aF1g22jRB

— Utah Highway Patrol (@UTHighwayPatrol) May 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebaliknya, terkejut apabila mendapati dia hanya berusia lima tahun dan berada di tempat duduk pemandu.
Menurut jurucakap Polis Lebuh Raya Utah, kanak-kanak itu tekad meninggalkan rumah menggunakan kereta ibunya selepas permintaannya untuk memiliki sebuah Lamborghini tidak mahu ditunaikan.
"Jadi dia membuat keputusan untuk memandu kereta ibunya dan menuju ke California untuk membeli kereta itu sendiri," katanya.
Polis, berkata, dia, bagaimanapun, tidak mungkin mampu membeli Lamborghini dengan wang yang dibawa bersama hanya berjumlah AS$3.
#Amerika Syarikat #budak lima tahun bawa kereta #California #Kanak-kanak #kanak-kanak pandu kereta #Lamborghini #Utah Highway Patrol