Chile meminta siasatan terhadap nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 dilakukan secara terperinci, rapi dan telus selaras dengan perundangan penerbangan awam antarabangsa.

Sambil merakamkan ucapan takziah, kerajaan Chile menekankan bahawa dalang dan rakan subahatnya perlu dibawa ke muka pengadilan.

"Keluarga mangsa patut tahu perkara sebenar," katanya pada Sesi Khas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu mengenai tragedi MH17, baru-baru ini.

MH17 sedang dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur ketika ia terhempas di Donetsk, timur Ukraine, dekat sempadan Rusia pada malam 17 Julai.

Pesawat Boeing 777-200 itu membawa 298 orang - 283 penumpang dan 15 anak kapal. Ia dijadual tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 6.10 pagi 18 Julai.

Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh tetapi setakat ini tidak pihak tampil mengaku bertanggungjawab.