Michael Kors perkenal aksesori teknologi jam pintar

Agensi
Mac 18, 2016 10:52 MYT
Jam tangan pintar ini menawarkan ciri-ciri paparan muka yang boleh berubah mengikut kegunaan pengguna. - Foto AP
Michael Kors memperkenalkan rangkaian aksesori teknologi boleh pakai terbaharu iaitu jam tangan pintar Michael Kors Access.
Pelancaran itu disasarkan untuk pengguna yang memfokuskan fesyen sekali gus memberi tumpuan kepada gaya glamor dan reka bentuk berinovatif dalam segmen fesyen mewah.
Teknologi serba canggih itu serasi dengan kedua peranti Android dan iOS di iPhone.
Ia dihasilkan dengan kerjasama dengan Google, yang menggunakan platform jam tangan pintarnya, Android Wear.
Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Michael Kors, John Idol mengumumkan pelancaran tersebut di Baselworld 2016, pameran perdagangan terkemuka bagi industri jam tangan di Switzerland.
Direka untuk kelancaran teknologi dan perhubungan sosial, Michael Kors Access membuktikan bahawa teknologi dan fesyen boleh bergabung dengan mudah.
Jam tangan pintar ini menawarkan ciri-ciri paparan muka yang boleh berubah mengikut kegunaan pengguna.
#jam pintar #Michael Kors #Michael Kors Access