Microsoft Copilot kini boleh rumus pelbagai jenis dokumen

Amanz
Mac 5, 2024 04:27 MYT
Ia boleh membaca keseluruhan dokumen untuk mengeluarkan rumusan, menyenaraikan data penting, atau mencari data yang lebih spesifik tanpa perlu membaca sendiri kesemua dokumen. -Gambar fail/Amanz
SUDAH banyak perkhidmatan AI sekarang boleh membaca fail yang dimuat naik pengguna untuk dirumuskan.
Adobe Acrobat menguji untuk membaca fail PDF, Claude yang sedia menyokong ciri merumuskan fail kini dinaik taraf ke model bahasa raya baharu, dan baru-baru ini Microsoft Copilot turut mula menyokong ciri yang sama.

It is now possible to add files to the Windows Copilot chat box, you can use the "Add a file" button or just drag and drop the file:https://t.co/k9GM6VeD63 .https://t.co/4UGUOjIqJa pic.twitter.com/ekZGha0YIU

— Leopeva64 (@Leopeva64) February 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Copilot kini dilihat boleh menerima fail yang pengguna muat naik atau melalui drag & drop.
Ia boleh membaca keseluruhan dokumen untuk mengeluarkan rumusan, menyenaraikan data penting, atau mencari data yang lebih spesifik tanpa perlu membaca sendiri kesemua dokumen.

It is now possible to add files to the Windows Copilot chat box, you can use the "Add a file" button or just drag and drop the file:https://t.co/k9GM6VeD63 .https://t.co/4UGUOjIqJa pic.twitter.com/ekZGha0YIU

— Leopeva64 (@Leopeva64) February 29, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ciri ini dilihat diedarkan secara berperingkat kepada semua pengguna.
Lebih menarik, Microsoft turut tidak mengehadkan ciri ini untuk digunakan pada Windows sahaja, kerana jika anda menggunakan pelayar web Edge – perkara yang sama turut boleh dilakukan.
Dalam cubaan saya, Copilot pada laptop Windows dan pelayar web Edge yang saya gunakan sekarang masih belum menyokong ciri baharu ini.
Sama-sama kita nantikan. -Amanz
#rumusan pelbagai jenis dokumen #AI #baca fail PDF #Microsoft Copilot