Apabila disebut tentang Syria, orang ramai sudah pasti membayangkan keadaan kemusnahan dan kesengsaraan kanak-kanak akibat peperangan disana.

Sudah pasti kempen agensi berita Syria, Sana yang menggunakan #SummerInSyria di media sosial untuk mempromosi keindahan negara itu pada musim panas memakan diri sendiri.

Dengan penuh sindiran, orang ramai berkongsi gambar kemusnahan dan kanak-kanak yang menjadi mangsa konflik di Syria berbanding keindahan di negara itu.

Semua ingin menggambarkan kekejaman rejim Bashar Al-Assad terhadap rakyat Syria terutama sekali kanak-kanak.


Menyedari perkara itu, agensi berita Sana mempromosi persembahan yang bakal diadakan di Damsyik selain kenyataan gabenor mengenai kehidupan berjalan seperti biasa di Syria.


Perang saudara di Syria bermula selepas protes kebangkitan rakyat terhadap kepimpinan Bashar pada 2011.