SINGAPURA:Penguasa Sains Kesihatan (HSA) Singapura hari ini memberi kelulusan sementara bagi vaksin COVID-19 keluaran Moderna, sebagai vaksin kedua digunakan di negara itu.
Kebenaran sementara di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) itu bagi memudahkan akses awal kepada vaksin, ubat-ubatan dan alat perubatan kritikal awal semasa pandemik.
"Rejim vaksinasi yang dikemukakan oleh Moderna memerlukan dua dos vaksin disuntik 28 hari selepas dos pertama diberikan," menurut HSA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.
HSA memaklumkan semakannya terhadap data klinikal sedia ada mendapati bahawa manfaat vaksin COVID-19 Moderna melebihi risiko yang diketahui dan menunjukkan tahap keberkesanan yang tinggi sebanyak 94 peratus.
Sementara itu, menurut Kementerian Kesihatan republik itu, bekalan pertama vaksin Moderna dijangka tiba Mac 2021, "jika tidak ada gangguan penghantaran."
"Kami akan secara beransur-ansur melancarkan vaksin COVID-19 Moderna untuk individu berumur 18 tahun ke atas apabila vaksin diperoleh," menurut kementerian itu dalam kenyataan berasingan.
Vaksin Pfizer-BioNTech adalah vaksin COVID-19 pertama yang digunakan di Singapura dengan penghantaran pertama tiba pada 21 Dis lepas.
Menurut kementerian itu, setakat 2 Feb, lebih 175,000 individu telah menerima dos pertama vaksin Pfizer-BioNTech di sini.
Kira-kira 6,000 daripada mereka juga telah menerima dos kedua yang melengkapkan rejimen vaksinasi, jelas kementerian itu.
Vaksin Pfizer-BioNTech memerlukan dua dos suntikan, 21 hari selepas dos pertama pada individu berumur 16 tahun ke atas kecuali wanita hamil dan mereka yang lemah daya tahan tubuh.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 03 2021
Kebenaran sementara di bawah Laluan Akses Khas Pandemik (PSAR) itu bagi memudahkan akses awal kepada vaksin, ubat-ubatan dan alat perubatan kritikal awal semasa pandemik. - Gambar fail
Perdagangan Malaysia meningkat 7.1% tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion - MITI
Perdagangan Malaysia bagi Januari hingga Mac 2024 mengekalkan trend peningkatan, merekodkan pertumbuhan 7.1 peratus tahun ke tahun kepada RM690.59 bilion, dengan lebihan dagangan RM34.22 bilion.
Keselamatan makanan, perubahan iklim agenda utama Malaysia selaku Pengerusi ASEAN
Memperkukuh keselamatan makanan serantau dan menangani cabaran mendesak perubahan iklim adalah antara agenda utama yang akan diketengahkan Malaysia apabila memegang tampuk Pengerusi ASEAN.
Freedom Flotilla to Gaza: 'Konflik Israel-Iran bukan urusan kami' - FFC
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla tetap akan diteruskan sekiranya konflik di antara Israel dan Iran terus meningkat.
KKR harap projek naik taraf 3 jalan di Johor dilaksana tahun depan - Ahmad Maslan
Kementerian Kerja Raya (KKR) berharap kerja naik taraf tiga jalan di Johor dapat dilaksanakan tahun hadapan susulan pertambahan kenderaan menggunakan jalan tersebut.
KDNK Malaysia suku pertama dianggar berkembang 3.9% dipacu sektor perkhidmatan - DOSM
Sektor pembinaan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sebanyak 9.8 peratus berbanding 3.6 peratus pada suku tahun sebelumnya, terutama dipacu oleh subsektor kejuruteraan awam.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Letusan Gunung Ruang: Kualiti udara di Sarawak tidak terjejas
Letusan Gunung Ruang di Indonesia tidak menjejaskan kualiti udara di Sarawak.
[LAPOR LANGSUNG] Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April depan.
Freedom Flotilla to Gaza: Sah! Tiga kapal tetap berlayar, redah laut Mediterranean 24 April ini
FFC mengesahkan tiga kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla akan memulakan pelayaran pada 24 April 2024 bersamaan hari Rabu.
SkyTrax: Kedudukan KLIA jatuh ke tangga 71
Kedudukan KLIA kini di tangga ke-71 mengikut Senarai Lapangan Terbang Terbaik Dunia SkyTrax 2024, jatuh empat anak tangga berbanding tahun sebelumnya.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Lawrence Wong ikrar berikan segalanya untuk Singapura
Lawrence Wong berikrar memberikan segalanya untuk berkhidmat kepada negara ini dan rakyatnya apabila beliau secara rasmi akan melaksanakan tugas sebagai Perdana Menteri Keempat pada 15 Mei ini.
Bapa hilang ditemukan di Singapura 4 tahun lepas meninggal dunia di Kelantan
Ali Jais meninggal dunia di Hospital Pasir Puteh, Kelantan, kira-kira jam 4 petang Isnin.
Bidaan projek pembelian bekalan elektrik hijau ke Singapura dibuka
PETRA memaklumkan proses bidaan itu dilaksanakan menerusi platform Energy Exchange Malaysia (ENEGEM).
Singapura zahirkan kebimbangan terhadap pergolakan di Asia Barat
MFA menasihatkan rakyat Singapura untuk menangguhkan semua perjalanan ke Iran berikutan keadaan keselamatan terkini.
Singapura tolak anjur Sukan Komanwel 2026
Singapura memutuskan kata akhir untuk tidak membuat sebarang bidaan dalam menganjurkan temasya Sukan Komanwel 2026.
Joseph Schooling bersara dari sukan renang
Schooling mengucapkan terima kasih kepada keluarga, jurulatih, rakan sepasukan dan penyokongnya atas dorongan mereka sepanjang kariernya.
Yusri belum nampak skuad 'bayangan' Perak FC
Pengendali Perak FC Yusri Che Lah mengakui masih mencari 'ramuan' terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula musim baharu Liga Malaysia (Liga-M) bagi 2024/2025 pada Mei ini.
Pihak berkuasa pelabuhan Singapura beri kerjasama dalam siasatan jambatan runtuh di AS
Ia juga akan menyiasat insiden melibatkan Dali, sebuah kapal kontena dikendalikan 22 kru semasa kejadian kira-kira 1.30 tengah hari Selasa.
RTS pacu ekonomi dan pasaran hartanah Johor
Johor menyaksikan metamorfosis, daripada negeri yang mempunyai hartanah tidak terjual tertinggi kepada kedudukan yang lebih menguntungkan.