Monica Lewinsky minta Beyonce keluarkan namanya dari lagu

Agensi
Ogos 4, 2022 03:30 MYT
Monica Lewinsky meminta penyanyi terkenal Beyonce mengalih keluar namanya daripada lirik lagu Partition. - Gambar fail REUTERS
BEKAS pelatih White House, Monica Lewinsky meminta penyanyi terkenal Beyonce mengalih keluar namanya daripada lirik lagu Partition.
Lewinsky, yang pernah terpalit dalam skandal seks dengan bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Bill Clinton pada tahun 1990-an, mengirim pesanan kepada Beyoncé melalui akaun Twitter memberi bayangan mengenai kandungan lirik bertajuk Partition.
Beyonce sebelum ini dilaporkan akan menyunting dan mengeluarkan kata-kata cemuhan daripada lagu Heated yang dimuatkan dalam album baharunya "Renaissance".
Kesempatan itu diambil Lewinsky untuk mengingatkan Beyonce berkenaan lagu Partition.

uhmm, while were at it #Partition Beyoncé to Remove Renaissance Lyric After Outrage: Ableist, Offensive - Variety https://t.co/DzN80FdzPB

— Monica Lewinsky (she/her) (@MonicaLewinsky) August 1, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Partition merupakan single dari album studio ‘Beyonce’ pada 2013.
Dalam lagu tersebut terdapat bait lirik ‘Monca Lewinsky’d all on my gown’ yang mana nama Monica Lewinsky digunakan sebagai kata kerja bagi menggambarkan pandangan lelaki ke atas seorang wanita.
Bagaimanapun, tiada reaksi daripada pihak Beyonce berhubung permintaan Lewinsky itu.
Hubungan sulit antara Clinton dan Lewinsky yang ketika itu berusia 22 tahun telah membawa kepada pemecatan Clinton pada tahun 1998.
Ia seterusnya membawa kepada pendedahan penyalahgunaan kuasa.
#Monica Lewinsky #Beyonce #Tweet #Partition