DELAWARE: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk membela diri dalam tuntutan mahkamah pemegang saham Tesla yang mencabar pakej pampasan Lembaga Pengarah Syarikat bernilai lebih daripada AS$55 bilion.

Musk, yang muncul di bilik Mahkamah Delaware pada Rabu, nafi menentukan syarat pakej pampasan 2018 atau menghadiri mana-mana mesyuarat lembaga atau jawatankuasa di mana rancangan itu dibincangkan.

Antara lain, tuntutan itu mendakwa bahawa geran pilihan saham itu berasaskan prestasi telah dirundingkan oleh Jawatankuasa Pampasan dan diluluskan oleh Ahli Lembaga Tesla yang mempunyai konflik berkepentingan.

Ia juga mendakwa undian pemegang saham yang meluluskan pelan pampasan itu adalah berdasarkan kenyataan proksi yang mengelirukan.

Plaintif pemegang saham mendakwa bahawa proksi secara salah menggambarkan ahli jawatankuasa pampasan sebagai "bebas" dan menyenaraikan semua peristiwa yang mencetuskan peletakan hak pada pilihan saham sebagai matlamat "regangan" yang sukar dicapai.

Musk menafikan perkara itu dan sebaliknya berkata bahawa beliau memberi tumpuan sepenuhnya kepada pelaksanaan syarikat itu.

Seorang peguam plaintif pemegang saham menghabiskan sebahagian besar daripada sesi soal balasnya dengan cuba menarik Musk supaya mengakui bahawa dia mengawal Tesla sehingga mempengaruhi Lembaga Pengarah membuat keputusan.