YANGON: Tentera Myanmar melanjutkan perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik sehingga penghujung 2023, memetik kenyataan Pejabat Panglima Perkhidmatan Pertahanan pada Sabtu.

Menurut kenyataan itu, pihak tentera sebelum ini telah melanjutkan tempoh perjanjian gencatan senjata dengan kumpulan bersenjata etnik selama 21 kali dari 21 Dis 2018 hingga 31 Dis 2022, lapor Xinhua.

Selepas mempelawa Pertubuhan Bersenjata Etnik (EAO) untuk rundingan damai pada 22 April 2022, Pengerusi Majlis Pentadbiran Negeri (SAC) Jeneral Kanan Min Aung Hlaing kemudian mengadakan rundingan dengan wakil 10 EAO.

Perjanjian berkenaan dilanjutkan untuk meningkatkan proses damai di Myanmar, menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA