Myanmar mahukan Kedutaan Amerika Syarikat (AS) berhenti daripada menggunakan istilah ‘Rohingya’ apabila merujuk kepada etnik minoriti etnik yang ’tidak diiktiraf’ di negara itu, ujar jurucakap pemerintah Myanmar.
Kenyataan itu disampaikan kepada institusi penyiaran luar AS, Voice of America (VOA).
“Kami amat berbesar hati sekiranya pihak kedutaan tidak lagi menggunakan istilah itu. Penggunaan yang berterusan tidak akan membantu pihak kami,” ujar Setiausaha Tetap Kementerian Hal Ehwal Luar Negara, Aung Lin.
Pegawai pemerintah itu bagaimanapun menyatakan, pihak kementerian tidak membuat permohonan rasmi kepada kedutaan AS tentang isu istilah tersebut.
Sementara itu, jurucakap kedutaan AS di Yangon yang tidak mahu namanya didedahkan berkata: “Kami tidak memberi komen mengenai perbincangan diplomatik dengan pemerintah Myanmar”.
Bagaimanapun, Duta AS Scot Marciel, pada 28 April lalu berkata, pihaknya tetap akan menggunakan istilah berkenaan walaupun Myanmar tidak mahukannya.
Katanya, ia adalah amalan normal bagi AS dan komuniti antarabangsa untuk mengakui bahawa ‘mana-mana komuniti boleh membuat keputusan tentang istilah apa yang mahu digunakan sebagai panggilan yang mewakili mereka. Ini bukan keputusan politik, ia adalah amalan biasa’.
Kedutaan itu pernah berdepan kritik daripada golongan nasionalis Myanmar kerana mengeluarkan kenyataan takziah berkenaan kemalangan maritim pada 19 April lalu melibatkan nyawa 40 etnik Rohingya.
Agensi
Thu May 05 2016
Duta AS Scot Marciel, pada 28 April lalu berkata, pihaknya tetap akan menggunakan istilah 'Rohingya' walaupun Myanmar tidak mahukannya. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Myanmar tidak mahu Amerika Syarikat gunakan istilah 'Rohingya'
Bagaimanapun, Duta AS Scot Marciel, pada 28 April lalu berkata, pihaknya tetap akan menggunakan istilah berkenaan walaupun Myanmar tidak mahu.