Naruhito dimasyurkan sebagai Maharaja Jepun ke-126

Agensi
Mei 1, 2019 03:00 MYT
Istiadat pagi ini dimulakan dalam satu istiadat dinamakan Kenji-to-Shokei-no-gi, bagi mewarisi pingat dan pangkat sempena pertabalan Maharaja Jepun. - Foto Reuters
Istiadat rasmi pemasyuran Maharaja Jepun yang baharu, Maharaja Naruhito bermula pada Rabu, yang pertama seumpamanya sejak 200 tahun lalu selepas ayahandanya bekas Maharaja Akihito melepaskan takhta.
Ia dimulakan pagi ini dalam satu istiadat dinamakan Kenji-to-Shokei-no-gi, bagi mewarisi pingat dan pangkat sempena pertabalan Maharaja Jepun.
Akihito berundur dari takhta pada Selasa selepas tiga dekad dalam satu majlis ringkas diadakan.
Majlis pagi tadi disaksikan oleh sekumpulan kecil hadirin dan tanpa kehadiran isteri Naruhito, Maharani Masako.
Naruhito, 59, adalah maharaja pertama yang dilahirkan selepas Perang Dunia Ke-Dua dan graduan dari luar negara.
Maharani Masako, 55, pula adalah seorang diplomat.
Mereka berdua berkahwin pada 1993.
#Istiadat pemasyuran #Jepun #Maharaja Akihito #Maharaja Naruhito #Maharani Masako