NEW DELHI: Beberapa kawasan di New Delhi pada Isnin dilaporkan mengalami gelombang haba apabila suhu maksimum direkodkan pada 46 darjah Celsius.

Menurut data pusat meteorologi serantau di New Delhi, suhu di bandar Najafgarh dan Kompleks Sukan Komanwel direkodkan pada 46.2 darjah Celsius, lapor Xinhua.

Sebelum ini, pada Ahad bandar di Najafgarh mencatatkan suhu 46.3 darjah Celsius.

Pegawai jabatan cuaca berkata gelombang haba direkodkan apabila suhu maksimum ialah 45 darjah Celsius atau lebih.

Balai cerap di Narela, Pitampura dan Pusa mencatatkan lebih 45 darjah Celsius, manakala Ayanagar dan Ridge melaporkan lebih 44 darjah Celsius.

Susulan gelombang panas itu keadaan lalu lintas agak legang dan sekolah di Maharashtra, Odisha dan West Bengal ditutup. - BERNAMA