Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama memberi lampu hijau untuk melancarkan serangan udara ke atas Syria, bagi mengekang gerakan kumpulan militan negara Islam, IS.
Menurut Obama, misi menghapuskan IS turut merangkumi serangan udara ke sebahagian wilayah Iraq.
Strategi itu diumumkan dalam siaran langsung waktu perdana Amerika Syarikat.
Ikrar Obama, Amerika akan memburu pengganas yang mengancam negara itu, di mana pun mereka berada seperti mana negara itu memburu anggota kumpulan Al-Qaeda di seluruh dunia.
Menurut beliau, sesiapa yang mengancam kepentingan Amerika, tidak akan selamat.
Obama turut mengumumkan langkah tambahan lain untuk menyokong strategi ketenteraan mengekang IS.
Obama memaklumkantelah mengerah sejumlah 500 tentera tambahan ke Iraq untuk membantu tugas keselamatan.
Sepanjang menjadi Presiden, Obama bertekad untuk mengurangkan penglibatan dalam kempen ketenteraan di Asia Barat dan mengelak perang baru.