MOTTARONE: Operasi mengalihkan kereta kabel yang terjatuh di kawasan pergunungan Mottarone, Itali pada Mei lalu mengambil masa sehingga dua minggu.

Ketika operasi dilancarkan, pasukan bomba Itali memasang struktur paip besi bagi menstabilkan kereta kabel yang rosak teruk itu bagi memudahkan kerja pengalihan.

Pada Isnin pihak bomba memotong bahagian kabin kereta kabel itu sehingga menjadi kepingan yang mudah untuk dibawa turun.

Penimbang berat digital turut digunakan bagi memastikan serpihan yang telah dipotong mampu dibawa helikopter.

Sekurang-kurangnya 14 disahkan maut dalam kejadian pada 23 Mei lalu di Tasik Maggiore, utara Itali itu.

Hanya seorang kanak-kanak dilaporkan selamat dengan ibu bapa serta ahli keluarganya yang lain antara meninggal dunia.

Kemalangan itu tercetus apabila kabel kenderaan itu terputus sebelum terjatuh ke kawasan hutan.