Kita biasa mendengar laporan tentang kemalangan maut yang membabitkan kenderaan, namun di Australia, seorang lelaki menemui ajal selepas troli yang dinaikinya merempuh sebuah kereta.

Lelaki berkenaan, yang identitinya tidak disebutkan, sedang berjalan pulang ke rumahnya bersama seorang rakan di pinggir bandar Randwick apabila terserempak dengan sebuah troli yang biasa ditemui di pusat beli-belah.

Dia kemudiannya menaiki troli berkenaan, manakala rakannya menolak troli itu dari belakang.

Ia bagaimanapun gagal dikawal dan merempuh sebuah kereta dari arah bertentangan.

Menurut laporan polis, lelaki di dalam troli itu tercampak keluar dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Rakannya yang cedera parah kini sedang dirawat di hospital.

Polis menganggarkan kelajuan troli itu ketika perlanggaran adalah 80 kilometer sejam.

Kedua-dua lelaki tersebut merupakan warga Sweden dan sudah dua tahun menetap di Australia.