Pakar WHO berlepas ke Wuhan siasat asal-usul koronavirus COVID-19

Astro Awani
Januari 14, 2021 01:10 MYT
KEN MAEDA: Saya harap saya dapat membantu sebanyak mungkin untuk mencari petunjuk mengenai sumber jangkitan. -AP
BEIJING: Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berlepas ke China bagi menyiasat asal-usul koronavirus punca penyakit COVID-19 di Wuhan.
Kesemua mereka dijangka tiba pada Khamis.
Salah seorang daripada mereka ialah pakar dari Institut Penyakit Berjangkit Jepun, Ken Maeda.
"Saya harap saya dapat membantu sebanyak mungkin untuk mencari petunjuk mengenai sumber jangkitan," katanya kepada media ketika berlepas dari Lapangan Terbang Narita.
Kesemua pakar berkenaan dijangka berada di wilayah yang mencatatkan kes pertama jangkitan COVID-19 sehingga awal atau pertengahan Februari.
Mereka kemudian akan menjalani proses kuarantin sejurus ketibaan di negara itu.
China sebelum ini menolak gesaan untuk menubuhkan siasatan bebas bagi menyiasat asal-usul koronavirus dan menjawab kesemua teori yang mengatakan virus berkenaan dibawa ke China dari luar.
#WHO #Wuhan #siasatan asal-usul #koronavirus #Ken Maeda #Institut Penyakit Berjangkit Jepun #COVID-19 #penyakit berjangkit #Pertubuhan Kesihatan Sedunia