ISLAMABAD: Gelombang haba melampau melanda Pakistan, dengan suhu di banyak bandar melebihi 40 darjah Celsius pada Khamis, lapor Agensi Anadolu.

Menurut Jabatan Meteorologi Pakistan, suhu maksimum 48 darjah Celsius dicatatkan di Jacobabad, sebuah daerah di wilayah selatan Sindh.

Daerah Kashmir, Qambar Shahdadkot, Shikarpur, Larkana, Sanghar, dan Shaheed Benazirabad mencatatkan suhu purata antara 44 hingga 46 darjah Celsius.

Suhu di wilayah barat laut Khan Khyber Pakhtunkhwa di daerah Dera Ismail pula mencecah 47 darjah Celsius, diikuti daerah Peshawar dan Bannu, dengan suhu kekal 46 darjah Celsius.

Penduduk di wilayah Punjab dan Balochistan turut mengalami cuaca panas melampau.

Jabatan Meteorologi berkata musim panas diramal berakhir pada Jumaat, hujan dan angin pula dijangka melanda Kashmir, Gilgit-Baltistan, Khyber Pakhtunkhwa, Islamabad, dan beberapa bahagian di wilayah Punjab dan Balochistan.

-- BERNAMA