NEW DELHI: Pakistan meminta Twitter memulihkan semula empat akaun rasmi kedutaannya yang tidak dapat diakses di India.

Kementerian Luar Pakistan memaklumkan akaun yang disekat di India termasuk akaun rasmi misi diplomatiknya di Mesir, Iran, Turki dan di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

"Kami menggesa @Twitter memulihkan kembali akses kepada akaun kami dengan kadar segera serta memastikan pematuhan hak demokrasi kebebasan bersuara.

"Penindasan terhadap maklumat itu melanggar komitmen India" di bawah Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik," kata Munir Akram, wakil tetap Pakistan ke PBB. - BERNAMA