Keputusan Serbia mahu memindahkan kedutaannya dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis dikecam Palestin.

Setiausaha Agung Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), Saeb Erekat, menyifatkan tindakan Serbia menjadikan Palestin mangsa kepada kemahuan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk dipilih semula bagi penggal sehingga 2024.

Katanya, Palestin menjadi mangsa cita-cita pilihan raya presiden di mana pasukan Trump akan mengambil sebarang usaha dan tindakan untuk menang.

Ia tidak mengambil kira jika tindakan itu memusnahkan keamanan.

Tetapi demi mencapai kemenangan serta dipilih semula November ini, ujar Saeb, Trump dan pasukannya mencari jalan memastikan ia berjaya.

Ini termasuk melobi sokongan Yahudi dan Zionis menerusi Israel.

Kata beliau, ia tidak berbeza dengan perjanjian Emiriah Arab Bersatu, UAE Israel untuk menjalinkan hubungan diplomatik di mana matlamatnya bukan mengenai keamanan Asia Barat tetapi demi kepentingan Yahudi serta Israel semata-mata.