Park Geun-Hye kembali ke mahkamah

Agensi
Mei 29, 2017 08:04 MYT
Park Geun-hye selepas selesai perbicaraan kesnya di Mahkamah Daerah Pusat Seoul di Seoul, Korea Selatan, pada Selasa, 23 Mei, 2017. (AP Photo/Lee Jin-man)
Bekas Presiden Korea Selatan, Park Geun-Hye kembali ke mahkamah pada Isnin bagi menyambung semula perbicaraan kes rasuah beliau.
Geun-hye menghadapi pertuduhan termasuk peras ugut, rasuah dan membocorkan rahsia kerajaan.
Dia boleh dikenakan hukuman penjara seumur hidup jika sabit kesalahan. Beliau bagaimanapun menafikan melanggar mana-mana undang-undang.
Presiden wanita pertama Korea Selatan itu dipecat daripada jawatannya awal bulan ini.
Rakyat Korea Selatan keluar mengundi 9 Mei untuk memilih presiden baharu.
#kerajaan #Korea Selatan #mahkamah #Park Geun-Hye #penjara #Rasuah #undang-undang